Macam mana nak sertai aktiviti Cabaran 180 Hari BMI Ideal ni.
Kecederaan peha dan betis masih bersisa sampai sekarang.

Ni nak jalan pun terkedek-kedek, siap ada yang tegur kena gout ke. Hahahaaha. Geram je aku.
Semalam seharian suntuk menuam dengan ais, seolah seharian duduk di Kutub Utara bukan Korea Utara tu.
Tidak memanjakan diri, aku sertai juga aktiviti senaman diketuai oleh Coach Herman Isha.
Berjalan ditambah sedikit berlari dalam jarak 2.7km sahaja.
Tips diberi adalah, pastikan ketika berlari tumit dahulu turun ketika berlari.

Disebabkan beban badan yang berat, jika berlari dengan jari kaki depan akan menyebabkan kecederaan para lutut.
Aku mengikuti tips yang diberikan, walaupun larian aku kategori itik pulang petang. Tips itu membantu aku berlari tanpa cepat berasa lelah dan pancit awal.
Aku berjaya habiskan semua aktiviti termasuk rengangan untuk memastikan tiada berlaku kecederaan lagi ketika berehat sebentar.
Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Berlari Itik Pulang Petang




Leave a Reply