Pencari Makan

Blogger Review Makanan Malaysia, Raja Makan Malaysia

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal

2020 by pencarimakan Leave a Comment

Aku sendiri tak sangka berjaya habiskan kayuhan Kuala Kubu Bharu (KKB) sehingga puncak Fraser Hill.

Iyalah, selalu dok tengok orang angkat basikal dan up kat media sosial.

Ada yang suruh mula kayuh dari GAP, ada yang kayuh dari Sentuary. Kawan aku Bal ada cakap, kau pertama kali baik naik dari GAP.

Tak penat kayuh, pasal perjalanan dari KKB jauh tu. Tak termasuk sepanjang jalan mendaki bukit sesaja. Ini kisah aku boleh terjebak.

Semuanya bermula bila Ikmal Ibrahim open dalam group Pelan Pelan Kayuh nak kayuh ke Fraser Hill.

Pada mulanya aku tak isi nama pun, iyalah mana ada konfiden nak daki bukit sejauh tu. Aku pun lama gak tak training dengan kilometer memang ke laut.

Entah nak dijadikan cerita, aku terisi nama kat dalam tu, terus masuk group khas untuk Ride KKB ke Fraser Hill.

Sehari sebelum kejadian, malam tu aku kerja, aku pulun cari barang Himalaya Salt, untuk elak krem satu badan Cloud 9 nak elak lapar waktu pendakian.

Dari Putrajaya awal pagi aku gerak naik kereta park kat pekan KKB, sarapan.

Mulakan kayuhan dalam jam awal 8 pagi, dalam 10 orang kami semuanya.

Pada mulanya, sedap je turun bukit dari Pekan KKB. Beberapa kilometer juga kami berkayuh baru aku perasan, jalan dia ni apahal semua mendaki. 😭😭😭

Aku masih kawal kayuhan tak paksa, untuk elak terlalu letih. Ada member aku Nizar Zainol pesan kat GAP adalah cabaran sebenar pendakian jarak dalam 8 kilometer.

Sebelum sampai Empangan KKB Muhd Rashid Azman teman aku sampailah puncak Empangan aku suruh dia gerak je dulu.

Aku masih kekal momentum slow and steady kayuh. Pelan pelan kayuh bak kata haji Syakir Rao teknik pernafasan aku ikut video tipsnya.

Sampai kat ada air terjun, beberapa orang berhenti dan snap video aku. Diorang kata rileks kejap amik nafas sebelum kayuh.

Beberapa kilometer gak diorang teman aku, tapi aku suruh diorang jalan je dulu aku pelan-pelan kayuh potong diorang nanti. 🤣🤣🤣

Sampailah kat GAP aku dah nampak sinar, aku ingat diorang berhenti kat situ bolehlah aku amik nafas kejap.

Tapi hampa, group lain je ada geng-geng aku takde. Hampeh. Terus aku korner kayuh naik pelan-pelan.

Kat kilometer 3 terakhir tu, aku dah rasa nak tahan kereta tumpang bawa aku naik atas. Dah habis tenaga rasanya.

Kat kilometer 2 pun rasa jauh gila. Jumpa batu tanda 1 hati gembira sikit, tapi aku tengok apa tak habis-habis bukit dia ni.

Haram betul. Penat gila dah ni. Mental aku mula down, sampailah aku mula rasa dingin angin dah lain.

Kembali segar badan dan mental aku ditiup angin sejuk ni. Sampailah aku nampak ramai rider yang berhenti kat tanda Fraser Hill.

Depan sikit, aku nampak group aku yang dilead Abang Rosdee, Man, dengan Azlan Mockter.

Fuh. Sampai juga aku akhirnya kat puncak Fraser Hill. Nak keluar lidah sampai tumit dah aku rasa time ni.

Gambar ni pun ehsan dari Azlan yang snap waktu aku sampai. Aku sentiasa pegang “Finish What U Start.”

Alhamdullilah. Terima kasih korang baca sampai habis. Pada yang gemuk kayuh basikal, jangan putus asa. Teruskan kayuhan korang, dan cabar diri dengan kayuhan yang berbeza.

Sharekan posting ni jika korang rasa bermanfaat.

Filed Under: Basikal, Kesihatan







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Basikal Bagi Orang Gemuk | Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • Bekalan Makanan Pentingnya Tanaman Untuk Bekalan Tempatan
  • Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya
  • 10 Kedai Makan Bandar Baru Bangi. Mesti Cuba.
  • Nasi Ayam OK Sg Besi
  • Gulai Kampung Masak Lemak Negeri Sembilan Di Bandar Baru Bangi
  • Eggette Lab IOI MALL PUTRAJAYA
  • Resepi Kaki Ayam Tanpa Sup Bunjut

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 305,522 hits

RECENT POST

  • Buat Duit Dengan Berkongsi Kebaikkan Essential Oil untuk anak-anak dan keluarga tercinta.
  • Belajar dengan Guru Hartanah Dan Guru Subsale
  • Sapot dari Pembaca dan Kawan
  • Bila Lelaki Sembang Sebelum PKP dilaksanakan
  • Betul ke dengan Rosemary boleh digunakan Untuk Bantu dalam Pembelajaran?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • pencarimakan on Betul ke dengan Rosemary boleh digunakan Untuk Bantu dalam Pembelajaran?
  • Snapbackpacker on Betul ke dengan Rosemary boleh digunakan Untuk Bantu dalam Pembelajaran?
  • pencarimakan on 5 Keperluan Asas Manusia Paling Basic
  • Aman on 5 Keperluan Asas Manusia Paling Basic
  • pencarimakan on 5 Keperluan Asas Manusia Paling Basic

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2021 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative