Ini antara cabaran sebenar, berani berkongsi dan berat dan details dari penimbang.
Bukan bertujuan menunjuk dan mengajar-ngajar, sebaliknya bila tergelincir ada yang menarik dan kembali ke jalan asal.
Begitulah.
Pertama kali, dapat bungkusan ni seperti mau lompat bintang sambil order air Milo secawan.
Setelah charge sekadar ada, penimbang dicuba uji untuk memastikan fungsinya berjalan dengan baik.
Sangat baik sehingga details menunjukkan Body Mass Index (BMI) Obese. Kahkahkah.
Menitik air mata, bukan kerana sedih. Tetapi sedar perjuangan ini masih jauh.
Juraian air mata itu tidak lama, kerna melihat otot serta kadar metabolisma badan semuanya baik.
Jom sapot abam untuk tingkatkan usaha untuk menurunkan lagi berat sehingga mencapai BMI ideal.
Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Kayuh Basikal 🚴🚴🚴🚴