Banyak kali lalu kat Sepang mesti nampak penuh kereta dan orang kat kedai ni.
Singgah malam tadi untuk nikmati makan malam selepas selesai kerja di sana.
Keadaan malam tadi, masih ramai yang berada di kedai untuk makan malam.
Kami pun singgah dan nikmati bersama makan malam dengan menu yang jadi hidangan teratas dalam menu kedai tersebut.
Menanti masa untuk diambil tempahan, mungkin ramai agak lewat sedikit untuk diberi menu makanan.
Terus tempah Nasi Putih Kambing Hangus sebab ni menu teratas dalam menu mereka.
Hidangan sampai tidak terlalu awal dan terlalu lambat.
First impressions hidangan ini nampak menarik juga.
Namun ia sekadar pandangan pertama, namun nasi dan daging kambing ini sejuk walhal jika dilihat pada kitchen sebelah kami api tanpa henti dipasang.
Harga sedikit tinggi yang pada aku dengan keadaan sekarang dan kuantiti memang tak boleh buat apa.
Pada korang nak try boleh je terjah atau waze “Nasi Kambing Hangus”