Anak aku tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, mesti tak perform dia nanti.

Sabar kawan, memang dari satu sudut kelebihan duduk asrama belajar dan ‘studi’ mengikut masa yang ditetapkan.
1. Bukan pengakhiran bagi yang tak masuk ke asrama.
2. Asrama dan sekolah yang bagus seperti, SMA, SBP mahupun MRSM adalah bonus.
3. Jika tak berusaha untuk belajar, hantar la sekolah terbaik kat dunia.
4. Hasil tetap sama, jadinya, keinginan untuk berjuang dalam diri anak-anak perlu diterapkan.
5. Anak dipaksa melakukan bukan kehendak mereka ada 2 impak yang akan berlaku.
6. Tekanan ketika belajar dan ia akan menggangu emosi anak-anak.
7. Bagi anak-anak yang lain, tekanan ini buat mereka semakin kuat dan jadi pejuang. ( Ini bagus untuk anak tapi amat sedikit di zaman sekarang ).
8. Begitulah, mana pun anak kita ditempatkan untuk belajar. Jangan sesekali kita sebagai mak ayah perkecilkan dan bandingkan mereka dengan orang lain.
9. Terus beri dorongan, mana tau, selepas SPM jauh lebih hebat pembelajarannya.
10. Jangan putus asa mak ayah, terus Figthing dengan anak-anak ya!
Shahkhairul Nizam Ramli
Masih ada 2 ketul yang bersekolah rendah.
Leave a Reply