Salah Sangka Dengan Puncak Cameron Highland. Baiki dengan Kayuh Basikal dengan Baik

Aku sangka nak tawan Puncak Brinchang, Cameron Highland sama macam Fraser Hill, namun semuanya hanya tinggal kenangan yang merobek jiwa dan perlu ditebus kembali.

Pelajaran dari Cameron Highland tempoh hari banyak yang aku dapat simpulkan selepas merenung balik.

Persediaan mental yang cukup untuk memastikan dapat tawan dan kekal konsisten sampai ke puncak.

Pengambil air yang mencukupi ketika pendakian, jangan sampai habis air yang dibawa dan pastikan di top up untuk sekiranya terjumpa punca air.

Kekal konsisten dengan kayuhan mengikut rentak latihan kaki sendiri bukan rakan-rakan yang lain. Setiap orang berbeza kadar rentak jantung, kekuatan kaki dan stamina.

Menikmati keindahan alam sepanjang kayuhan, walaupun ditimpa hujan. Nikmat sejuk dan damainya alam memang tidak terjangkau di tempat lain.

Damaikan belakang tu nampak berkabus, tapi time ni tak fikir dah sebab dah penat. Hahaha

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge