Pembelajaran dari kegagalan menawan bukit Cameron Highland pada minggu lepas.
Persediaan fizikal telah dibuat sebelumnya, beberapa aktiviti meningkatkan kekuatan kaki (masih perlu latihan).
Latihan mental nampaknya perlu dipertingkatkan untuk persiapan mental untuk aktiviti mendatang.
Latihan minum air untuk cukupkan hingga sampai ke pit stop yang ada sebelum sampai ke puncak.
Setelah latihan dan persediaan mental yang diterapkan untuk menawan bukit Cameron Highland.
Kegagalan merehatkan tubuh sebelum hari kayuhan antara punca gagal menawan bukit yang satu ni.
Badan yang cukup rehat, serta tidur yang mencukupi amat penting persediaan mental dan fizikal.
Kita akan repeat untuk menawan bukit Cameron Highland di masa mendatang selepas gagal pada Jumaat lepas.
Rakan-rakan Pelan Pelan Kayuh yang sentiasa memberi sapot tanpa jemu kepada aku sepanjang kayuhan ke atas. Terima kasih!
Group Pelan Pelan Kayuh ditubuhkan oleh tuan haji Syakir Rao beri peluang aku berjumpa insan hebat, Ikmal Ibrahim , Muhd Rashid Azman , Rasdee Mensoor , Pen Dye , Nasiruddin Othman , Azlan Mockter , Hazly Dirgawan