“Apak Khalifah, buat lagu khas buat warga Frontliner. Maka berbondonglah memuji Apak kerana buat lagu tanpa charge kerana menghargai hasil kerja dan usaha Frontliner.”
Teman-teman.
Setiap orang boleh bermula dengan berbuat kebaikan.
Tak perlu nak kejar semua di Malaysia. Kita bermula dengan langkah kecil.
Keluarga kita dahulu, mak,ayah,adik,abang,kakak, pakcik, makcik saudara terdekat.
Dah selesai? Semua dah terisi keperluan tiada yang tidak makan, kediaman mereka terjamin.
Kita pindah pada, jiran tetangga yang berada sekeliling kita.
Benar teman-teman, dengan langkah kecil ini.
Kita semua berjaya merubah Malaysia menjadi lebih baik dah bahagia.
Tidak perlu menjadi terkenal, tidak perlu menjadi Artis, tidak perlu menjadi ahli politik untuk bermula.
Mulakan dengan niat untuk membantu pun Allah dah ganjarankan pahala.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)
Shahkhairul Nizam Ramli
Warga Net yang bersyukur