McDonald’s sumbang lebih RM560,000 bantu golongan memerlukan di Kedah

SUNGAI PETANI, 18 November 2019 – Lebih RM560,000 disampaikan oleh McDonald’s Malaysia melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge