Basikal yang aku ada sekarang ada 2 jenis.
Folding Bike dan Road Bike.
Kenapa aku memilih keduanya.
Folding Bike basikal pertama aku terjerumus dalam dunia berbasikal.
Cewah. Macam power ya amat. 🤣🤣
Disini aku belajar kayuhan, dari jarak 2km hingga berjaya cecah 30km.
Patah padel, krank bunyi, rantai putus dan segala kesulitan berjaya aku alami dengan Folding Bike.
Kayuhan yang santai-santai dan seronok melayan walau sekadar 9 speed sahaja.
Road Bike, pula kesan dari keracunan para rakan seperjuangan yang telah lama melihat aku berkayuh basikal dari muka buku.
Ditawarkan pada harga berpatutan dengan speed dan model yang kesuaian tinggiku.
Maka terjebak dalam arena berbasikal yang dikategorikan sebagai basikal kelajuan. ( Aku masih kayuh perlahan 🤣🤣🤣).
Disini aku pelajari lagi ilmu yang baru, memakai kasut yang clip on, iaitu punya cleat.
Pengalaman pertama kali jatuh bodoh sebab tak sempat buka cleat di laluan yang sempit.
Tahu apa itu Cadance yang sebelum ni haram aku tak hiraukan.
Begitulah perjalanan gemuk kayuh basikal, masih jauh perjalanan dan pengalaman dari mereka yang pakar dari bidang.
Sekadar berkongsi minat dalam bersukan berbasikal yang boleh menurunkan berat badan dan tidak mencederakan lutut bagi orang gemuk sepertiku.
Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Kayuh Basikal 🚴🚴🚴🚴