Tak Tahu Lokasi Makan di Nilai? Ini lokasi sejuk dan banyak pilihan makanan

Tak tau nak makan kat mana? Bosan asyik makan yang sama je? Dekat dengan kawasan Lembah Klang dan Seremban.Ada di Nilai je tempat ni, selain banyak pilihan makanan parkir kenderaan pun banyak tak perlu bergaduh. 😂😂Ini pengalaman pertama kali jejak kaki kat sini, Aeon Mall Nilai.Naik lif dari parkir di B1, terus nampak tempat makan di aras G. Memang plan nak cari makan sebelum pusing keliling.Rambang biji mata nak makan kat sini weihhh. Pilihan yang menarik mata dan nafsu makan adalah ruangan sushi.Ya Ampun, bukan main banyak lagi pilihan sushi yang ada. Dari satu persatu hinggalah ke set. Paling best depa ada buat ‘promotion of the month’ adalah set yang pada harga berpatutan.Selain sushi, pilihan makan seperti ‘Korean Style’ food pun ada guys. Pilihan makanan tempatan ada Laksa Guys.Ni tips untuk pembelian air, dia ada dua kaunter pilihan air sejuk dan panas. Bagi air sejuk kaunter jualan adalah ‘drinks’ manakala kaunter jualan air panas adalah ‘Coco Cafe’.Tips kedua untuk pembayaran, kalian boleh pilih mana-mana kaunter juruwang yang disediakan tak perlu beratur di kaunter jualan sushi sahaja contohnya.Ok, sebelum penamat surau dipecahkan kepada dua tingkat, bagi Lelaki di tingkat 1 dan 2. Manakala surau wanita di aras G dan 2. Shahkhairul Nizam Ramli
Pertama kali sampai di Aeon Mall Nilai

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge