Kurma dapat menurunkan berat badan. Makanan untuk mereka yang nak kurus.

Kurma dapat menurunkan berat badan kerana tinggi vitamin. Selain mengikut sunnah Rasullulah (selawat) dua perkara kita dapat. Pahala dan berat idaman. Cewah.

Betul ke?

Minggu ni adalah minggu terakhir kita berpuasa di bulan ramadan. Masih ada yang takut nak makan kurma untuk berbuka puasa?

Carbs (44-88%), fiber (6.4-11.5%), Protein (2.3-5.6%), lemak (0.2-0.5%), mineral (iron, magnesium, copper, calcium, sodium), garam, vitamin ( A,B1B2,C).

Punya banyak vitamin dalam sebiji kurma itu selain membekalkan tenaga, ia mampu menurunkan berat badan.

Tinggi Serat, bermaksud membuatkan perut kenyang lebih dari kebiasaan. Perut kenyang makan pun kurang.

Kurma juga mengandungi lemak tidak tepu dan mengurangkan keradangan dan ini memainkan faktor dalam meningkatkan berat badan.

Tinggi sumber Protein, ia sangat lambat dicerna oleh tubuh dan membuatkan perut lebih kenyang.

Selain itu sumber protein juga sumber membina dan merawat otot.

Buah kering seperti kurma kaya dengan anti-oksida. Menyingkirkan toksin dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan akan menurunkan berat badan.

Pengambilan kurma yang berlebihan juga meningkatkan berat badan. Jadi jumlah yang dicadangkan untuk menurunkan berat badan, 4-6 biji sehari.

Semoga dengan info ini lebih ramai kembali menjadikan kurma sebagai amalan pemakanan dalam proses diet menurunkan atau meningkatkan berat badan.

Sila #share sekiranya maklumat ini bermanfaat untuk dikongsikan dengan saudara mara atau kenalan terdekat.

Shahkhairul Nizam Ramli
Proses Menurunkan Lagi Berat Badan

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge