Minggu pertama mungkin terbabas, terlajak dan sebagainya. Jadinya minggu kedua kita cuba jaya untuk turunkan sekurang-kurangnya 1kg seminggu. Jom mulakan cabaran turun berat badan minggu kedua bulan Ramadan ini.
Kita bermula dengan lakukan perkara ini di minggu kedua ini.
1.Elakkan pengambilan minuman bergula terutama pembelian air warna-warni di bazar Ramadan. Gantikan dengan Air Kelapa tanpa gula.
2.Elakkan sebarang jenis kuih termasuk tepung pelita mahupun kuih keria.
3.Pastikan kalian tidak skip pengambilan sahur. Sahur penting, kita mulakan sahur dengan campuran oat, madu atau susu tepung, buah pisang, dan kurma.
4.Elakkan pengambilan karbo ringkas (nasi) digantikan dengan sweet potato ataupun beras perang.
Ini sahaja dulu, kita bermula hari ini. Semoga Ramadan ini membawa perubahan yang baik kepada kau orang dan juga aku.
Shahkhairul Nizam Ramli
Jom Sertai Cabaran Minggu Kedua Puasa