Pencari Makan

Blogger Review Makanan Malaysia, Raja Makan Malaysia

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

Lokasi Mewah Harga Makanan Murah Dari Jalanan | Memori Santai Restaurant

2019 by pencarimakan 10 Comments

Pandangan Pertama aku ketika berkunjung ke Memori Santai Restaurant, ini bukan calang-calang cafe.

Lokasi dah la menarik, laluan utama keluar masuk kenderaan.

Ruang Makan Luar Dan Dalam

Cara hiasan kedai bukan biasa-biasa. Nampak ekslusifnya pada cara dekorasi, simple tapi menarik.

Tidak terlalu sarat dan ada ruang khas untuk perbincangan yang disediakan.

Menu Western Bermula RM 5.90 hingga RM 9.90

Ini antara perkara yang agak menarik perhatian aku.

Di Memori Santai Restaurant, mereka bukan setakat menyediakan Malay Cusion.

Malah Western Cusion juga ada untuk pilihan pelanggan.

Paling menarik, menu ini serendah RM5.90 ke RM 9.90.

Sedap ke?

Ini juga antara perkara yang bermain di fikiran.

Maklumlah, murah ni selalunya kualiti dari segi rasa dan kuantiti agak mengecewakan.

Betul tak?

Pengalaman mengajar kita jadi lebih dewasa dan matang.

Aku mencuba menu yang mereka hidangkan Hot From Kitchen katanya.

Kau order, baru mereka masak. Datanglah feel nak makan panas-panas ye dak?

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Ini pilihan makanan yang pertama, Spaghetti Aglio Olio Seafood.

Kau boleh minta extra pedas jika memang kaki pedas.

Yang aku makan ni, light-light je pedas dia.

Paling utama, anak-anak suka makan itu yang cukup menggembirakan aku.

Sedap dan tidak pedas memang laju la Naufal menikmatinya.

Siap komen, sedap la walid kenapa Ummi masak tak banyak udang sotong macam ni.

Hahahahaha.

Aku gelak sambil perhati je surihati aku. (Habislah kau Naufal balik rumah karang. )

Oeh. Sebelum terlupa, pilihan dia kau boleh pilih Spaghetti Aglio Olio Seafood, Spaghetti Aglio Olio Ayam, atau Spaghetti Aglio Olio Beef.

Spaghetti Carbonara

Menu yang ini memang kesukaan Jannah, dengan kuahnya yang pekat aku sendiri tak sangka mereka di Memori Santai Restaurant boleh tawarkan harga di bawah RM 10.

Menu Spaghetti Carbonara Ayam ni dinikmati dengan begitu laju sekali.

Naufal sempat memujuk Jannah untuk berinya sedikit.

Aduh, adik nak juga macam ni. Kata Naufal. Amboi yang pinggan Spaghetti Aglio Olio depan mata pun tak habis lagi. Kongsilah makan sama-sama balas aku pula.

Bila anak-anak suka menikmati makanan yang enak pasti ibubapa macam kita seronok melihat mereka makan lagi dan lagi.

Sudah pastilah aku merasai juga Spaghetti Carbonara ni untuk test keenakannya.

Benar, dengan isi ayam hancur yang diletakkan di dalam kuah dan dimasak.

Memang terasa keenakan isi ayam dalam kuah. Isi ayam yang tak lokek itu membuatkan keenakannya berganda.

Owh sebelum terlupa.

Spaghetti Carbonara ni didatangkan dalam tiga pilihan, Spaghetti Carbonara Chicken, Spaghetti Carbonara Beef dan Spaghetti Carbonara Seafood.

Chicken grilled black paper

Ini menu yang menggamit selera Nafiis, sebab isi ayam dan sos black paper yang pedas-pedas.

Kegemaran Nafiislah, ditambah dengan kentang goreng pula lagi seronok makannya.

Ayam yang dimasak tidak terlalu kering isinya, bila dipotong ‘moist’ jer isinya.

Paling menggamitkan sekali, harga sepinggan Chicken Grill ni hanya dari RM 5.90 ke RM9.90

Jadi, aku agak was-was dengan rasa dan kualitinya.

Namun semua buruk sangka aku meleset sama sekali bilamana suapan pertama menerjah ke lidah dan menelurusi kerongkok aku.

Perghhhhh. Bukan biasa-biasa, harga murah , rasa enak dan memang kena repat lagi di masa akan datang.

Pilihan Sos Chicken Grill , Black paper maupun sos mushroom.

Selain tu, kau tak suka kentang goreng boleh ditukar pula ke potato wedges.

Sayur sotey tak minat boleh tukar ke coselow pula.

Apa la kau nak, ajak kengkawan kau lekas.

Menu western kalah harga jalanan weiihhh!!

Pembukaan rasmi Memori Santai Restaurant 1.5.2019 mereka akan beri makanan secara percuma pada pelanggan yang datang.

Kau boleh datang ke Memori Santai Restaurant di Jalan Jelatek, berhampiran Hentian LRT Setiawangsa.

Berjalan kaki hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk sampai ke Memori Santai Cafe.

Perlu maklumat lanjut berkaitan tempahan meja untuk booking kau boleh contact

Untuk Tempahan Sila Hubungi di Talian

03-42650839 – memori santai
012-2719004 – Puan Shariza
012-6649004 – Chef Arman
018-3969194 – Rizal Hafiz
017-2872147 – Zulhilmi

Filed Under: Port Makan Lembah Klang Tagged With: 5 kedai makan sedap shah alam, kedai makan kl, kedai makan murah, kedai makan sedap, kedai makan sedap bangsar kl, kedai makan sedap setiawangsa kl, memori santai restaurant, memori santi cafe







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Comments

  1. Nina Mirza says

    2019 at 10:33 am

    Suka laaaa cafe harga mampu bayar gini. Nanti kita pun nak try laaa..
    Carbonara tu menyelerakan!

    Nina Mirza recently posted…Buffet Ramadan KL 2019 – Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel Mid ValleyMy Profile

    Reply
    • pencarimakan says

      2019 at 11:00 am

      Perghhh. Berlemak. Isi ayam dengan cendawan dia ya ampun.

      Reply
  2. ina says

    2019 at 10:42 am

    menarik konsep makan kat sini.Syok juga. Tempat pon cantik.

    Reply
    • pencarimakan says

      2019 at 11:01 am

      Konsep kedai damai.

      Reply
  3. Haida says

    2019 at 10:47 am

    Harga mampu milik. Bestnya… Western bawah RM10 je.

    Reply
    • pencarimakan says

      2019 at 11:01 am

      Itulah tu. Bawah rm10 dua tiga kali tanya.

      Reply
  4. fizafantagiro says

    2019 at 4:31 pm

    Murahnyaa harga western food

    Reply
    • pencarimakan says

      2019 at 12:59 am

      Kan. Murah ya amat.

      Reply
  5. Ai says

    2019 at 10:45 am

    Harga mampu makan camni lah baru puas nak makan. Hehehe!

    Reply
    • pencarimakan says

      2019 at 12:22 pm

      Hheehehe.. Kan, memang puas makan. Enak pula tu,

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Echal's Steamboat dan Grill Semenyih Lokasi Makan Berbaloi
  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Yong Tau Fu Sedap Di Melaka. Mesti Cuba bila ke Melaka
  • Restoran SRI Pumpong Alor Setar Masakan dan Hidangan Gaya Kampung
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Lirik LAGU PEMATAH HATI - Cumi Cumi Cumi
  • Mee Rebus Tapah Destinasi Wajib Cuba untuk ke Cameroon Highland
  • Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Goreng Kambing Viral Sedap Dan Mudah

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Filem
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Ikan Bakar
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kenderaan Lelong
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Parenting
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan KL
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 350,732 hits

RECENT POST

  • BP BERIYANI POWER BATU PAHAT. Betul-Betul Power ke?
  • Asam Pedas Ikan Siakap Muar di Asam Pedas Muar Parit Jawa JDT
  • Betul Ke Boleh Buat Duit dengan Melabur di FCPO, Saham dan Forex?
  • Cara Mudah Nak Dapatkan Motor Murah.
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • pencarimakan on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Nik on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • pencarimakan on Jujur Dalam Berurusan Walau Untung Kecil
  • pencarimakan on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba
  • sueizza on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2022 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative