Pencari Makan

Bukan Sekadar Makan, Penulisan Kehidupan Pencari Makan di Bumi Tuhan

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

13/04/2018 by pencarimakan 2 Comments

Putrajaya, 20 Mac 2018 –

Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi.

Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian.

Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL: Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)

 

 

 

 

 

Filed Under: Wayang







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Comments

  1. mas saari says

    14/04/2018 at 11:25 am

    Jom pakat pergi! Bagus jugak shopping awal untuk raya, takdelah kelam kabut nanti.

    Reply
    • pencarimakan says

      14/04/2018 at 11:50 am

      Betulkan. Kena pergi untuk elak kesekakan dan dapat beramal penuh di bulan puasa

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Echal's Steamboat dan Grill Semenyih Lokasi Makan Berbaloi
  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Yong Tau Fu Sedap Di Melaka. Mesti Cuba bila ke Melaka
  • Restoran SRI Pumpong Alor Setar Masakan dan Hidangan Gaya Kampung
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Lirik LAGU PEMATAH HATI - Cumi Cumi Cumi
  • Mee Rebus Tapah Destinasi Wajib Cuba untuk ke Cameroon Highland
  • Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Goreng Kambing Viral Sedap Dan Mudah

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Filem
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Ikan Bakar
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kenderaan Lelong
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Parenting
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan KL
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 361,108 hits

RECENT POST

  • Baskbear Putrajaya Mahal??!
  • Politik dan Rasuah Meruntuhkan Negara dalam Tetris The Movie
  • Luck vs Bad Luck. Betul ke?
  • Modenas Elegan 250 EX tukar Variator Pulley. Ok Ke? Selamat ke?
  • Berapa Kos 1st Service Modenas Elegan 250 EX? Mahal ke?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • Anuar on Sweet dan Bahagia Sangat Bila Orang Yang Kita Sayang Panggil Baby. Betul tak?
  • pencarimakan on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Nik on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • pencarimakan on Jujur Dalam Berurusan Walau Untung Kecil
  • pencarimakan on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2023 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative