Seminggu sebelum puasa yang lepas, aku dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan untuk peminat Tony Roma’s. Ini merupakan jemputan kali kedua kerana kali pertama bertindih dengan kerja hakiki.
Syukur dapat memenuhi jemputan Tony Roma’s melalui Public Relation (PR) Sharon Ding dari Go Communication. Lokasi makan yang diadakan di
Tony Roma’s
LG1.43 LG1, Sunway Pyramid, Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
Menu Hidangan
Produk Khas LIMITED yang disajikan ini diberi nama Tony’s Sharing Platters bukan satu pilihan tetapi 3 pilihan sharing platters.
Tony’s Beef Ribs Platters
Rusuk lembu yang dibakar, beserta steak tambahan separuh isi ayam bbq. Memang cukup lazat untuk dibuat menu berbuka puasa korang ni.
Ribs Lembu, Separuh BBQ Ayam dan 10oz New York Strip Steak. Disajikan pada harga *RM169.90.

Lamb Lover’s Platter
Rusuk kambing yang dibakar, ditambah dengan sos istimewa oleh Tony Roma’s. Fuh meleleh beb, dengan AYAM Separuh masak BBQ.Peminat kambing lu orang patut cuba sajian set ni. Disajikan pada harga RM 149.90
Lobster & Friends Platter
Yang ini buat peminat Lobster, memang meleleh la kau makan. Siap ada Pasta lagi beb. Memang sedap pasta dia. Ni sesuai untuk yang kaki seafood yan. Harga dalam RM 159.90*

Sajian istimewa untuk bulan ramadan ni, Tony Roma’s menyajikan Onion Loaf Flavor Extravaganza.
Didatangkan dalam empat perasa.
Original Loaf , Honey BBQ Loaf, Ranch Loaf dan Cajun Loaf.

Bawang ini diimport dari Itali jika saya tidak silap.
Yang paling penting, menu ini disajikan sehingga 23 Julai 2017. Jadi, bagi korang yang masih tercari lokasi berbuka puasa yang sedap. Tony Roma’s antara lokasi wajib korang cuba untuk berbuka bersama keluarga atau kekasih hati.
Jangan kata abang tak kongsikan lokasi berbuka puasa yang wajib kau cuba ya.




Sebagai peminat masakan kambing, gambar yang abang kongsikan tu benar-benar buatkan saya meleleh dan perut tetiba berbunyi. Aduh! 5 jam lagi nak berbuka.
Aduh… Gambar serta rasa.. Panas-panas.. Ya Ampun…
mantap banget makanannya