Assalamualaikum & Hi,
Semalam wa balik ke kampong wife wa di Melaka.
Penularan kopi hipster merebak sehingga ke selatan tanah air jua…
Pada post lepas wa ada share Kopi Hipster kawan wa di Ara Damansara kan. Lu leh terjah Kopi Lambak Hipster
Sewaktu ke rumah adik ipaq wa kat Pulau Gadong, Melaka sempat singgah di gerai tepi jalan untuk membeli juadah minum petang.
Kopi hipster juga tak ketinggalan dijual di tepi jalan tersebut..
Niat di hati nak beli sekali pau buatan orang melayu islam kita. Tapi mungkin belom rezeki wa untuk review beli..
Brothers ni habaq ” Ikutkan informer saya cakap bang MBMB ( Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) nak ‘ambush’ port kitaorang meniaga bang… ”
Pergghhhh.. Hanya berbekal khemah 10×10 mereka meniaga di tepi jalan yang pada aku tak ganggu pun mainroad pon. Tapi itu wa takmo komen.
Yang wa nak share Kopi Hipster brother ni. Bukan setakat besar cawan digunakan rasanya tidak kurang dan susu yang digunakan tidak lokek.
Expresso Coffee Hipster menu wa order pada kali ni. Pergh… Selain rasa yang cukup Esresso kemanisan dan lemak susu krim dibancuh kemain lagi.
Lu leh tengok wa ngan wife wa pekena berdua sebungkus cukup.
Dari segi rasa dan harga yang dikenakan pada wa takla murah or melampau. Just Rm5 sahaja secawan.
Pada lu orang yang bercuti or melancong ke Melaka gerai ni lu orang wajib terjah!!

Lu tengok wife wa dengan budak yang beli depan wife wa. Sama-sama khusyuk tengok brother tu bancuh Kopi Hipster

Nak famous macam wa gak bini wa ni…

Akak yang ni terangkan kat wa. Memula dulu just Green Tea je. Dari pusingan modal dan untung jual Green Tea kini Flavour dia dah pelbagai
minuman ini sangat cocok saat sedang sedang musim kemarau, asti sangat segar
Sedap diminum ketika cuaca yang hangat..
Wah, nak baru tau ada red tea, tahunya hanya green tea. :p
Hari recently posted…Masya Allah! Ini Dia 9 Kisah Mualaf yang Menggemparkan, Mulai dari Mantan Yakuza hingga Mantan Model Playboy
Kami pun baru.. Tapi mencuba hanya Espresso.. hehehe