Ramai dah bercerita gerai nie sejak awal tahun.. Driver office gua sampai dah ada port lain baru gua nak p terjah.
Apa pun walaupun gua terjah sesorang, ia tidak menghampakan gua.
Sesampai biar betul… Gila ramai orang nak seating pun memang payah…
Namun gua bangga, gerai makan Melayu walau dalam cerok kampong masih diterjah orang ramai..
Gua pekena sarapan.. Depa kata kalau nak booking makan tengah hari make calling-calling or sms jerk.. Fuh…
Gerai memang takde sign melainkan baru pasang banner kat simpang masuk.. Ada la gelanggang futsal.
Perjalanan dari Presint 5 memang dekat. Nak-nak dari Desa Pinggiran Putra. Gua dari Presint 14 pun leh terjah.
Pada kaki makan & pencari makan jalan-jalan cari makan macam gua. Lokasi kalau diberi memang akan diterjah walau ada jer halangan…
Menu gua sarapan, Nasi Lemak Telor Goyang + Kopi Panas ( minuman peberet gua sekarang )
Nasi Lemak yang berasa, di makan sekali dengan sambal bilis.. Memang serasi sedap.. ( Tekak gua.)
Telor goyang yang dicurah lada sulah digoreng dengan mentega terasa lainnya telor goyang. Dia adunkan sekali makan dengan ikan kering.. Fuh.. Pedas,Lemak nasi, telor goreng lemak mentega + ikan masin serasi di dalam mulut gua telan…
Lokasi nieh lu orang patut terjah pada yang tk pernah terjah.. Bagi yang dah pernah try pasti akan repeat.. 🙂
Camne lu orang nak sampai ini Gerai Bunian??
Nie alamatnya..
Warung Bunian/ Tapak Sulaiman 80A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Kajang 017 – 381 2246 (call for lunch booking) So, jom cuci mata hasil gambar wa amek…
bersungguh2…
Nama je dah menakutkan hehehe. Tengok ramai orang yang singgah mesti sedap ni.
kena singgah bro Bahrain
cam susah je mahu cari kedai nih..haha
titan..
Hahaha.. Susah ker??
Memang banyak kali gak orang buat review kat sini…makanan sedap dan kadang-kadang ada menu yang rare….