Setiap ibu bapa akan pilih yang terbaik untuk anak-anak sekarang.
1. Pendidikan awal antara yang bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
2. Walaupun tidak hadir ke sekolah ketika Pandemik Covid yang lepas discount sekitar 10-30% sahaja diberi.
3. Setiap dari kita punya pilihan untuk memilih pendidikan awalan yang disediakan oleh kerajaan seperti,
3i. Tabika Kemas
3ii. Tabika Perpaduan
4. Ini antara pilihan yang memberi pendidikan awalan kepada anak-anak saya.
5. Kekangan disini, perlu daftar awal, dan tempatnya agak terhad.
6. Antara kelebihan, guru yang menjadi tenaga pengajar latar belakang pendidikan mereka ada ijazah dalam pendidikan awalan.
7. Ada guru yang berpengalaman lebih dari 20 tahun mengurus anak-anak baru hendak mengenali sekolah.
8. Kelebihan pendidikan awalan di swasta, tempat dan pilihannya banyak.
9. Pilih sahaja di kawasan kediaman atau berhampiran tempat kerja.
10. Tempat yang sama menyediakan penjagaan sehingga petang sementara ibubapa bekerja di pejabat.
11. Kekurangannya, kos lebih dari pendidikan awalan yang diurus kerajaan.
Begitulah, pilihan sentiasa ada untuk kita mencari dan menyediakan pendidikan awalan untuk anak-anak.
Bergantung kepada poket dan budget yang berpadanan dengan kita.
Shahkhairul Nizam Ramli
Anak-anak dapat Pendidikan Awalan Kerajaan