Jika bercuti di Terengganu, pasti lokasi makan yang sedap dan lain dari kebiasaan menjadi buruan.
Lokasi
Power Cafe berada di Dungun, Terengganu.
Boleh Waze sahaja lokasi Power Cafe InsyaAllah jumpa. ( Nak terangkan pun, PencariMakan dibawa orang Terengganu ).
Pilihan Makanan
Pilihan makanan kebiasaan bagi warga Terengganu adalah Nasi Dagang.
Selain dari itu, Nasi Lemak, Bihun dan kuih muih juga ada.
Menu Special
Ini yang menjadi kelainan dari kebiasaan yang pernah makan di Terengganu sebelum ini.
Lain benar citarasa dan menu pilihan di Dungun, Terengganu.
Telur Separuh Masak dicampur dengan rempah special buatan pak Hasaan sendiri.
Selain dari telur separuh masak, Kopi Power, Milo Power dan Teh Tarik Power juga antara menu wajib cuba ketika berkunjung ke Power Cafe.
Jadi, pada warga Terengganu yang belum mencuba. Apa lagi, inilah masanya untuk mencuba kelainan.
Bagi yang luar Terengganu, boleh mencuba ketika berkunjung atau percutian bersama keluarga disana.
Amaran
Bagi yang tidak biasa, mungiin boleh hanya gunakan suku dari ‘potion’ yang disediakan.
Kacau hingga rata kemudian telan untuk merasai keenaakan telur dan rempah itu sendiri.