Heboh kebelakangan ni berkaitan isu kayuh basikal dan ada jika terjumpa nak langgar. Haih macam-macam bila oksigen kurang sampai ke otak.
Sementara nak tunggu keadaan reda, bawa keluarga kecil ini ke Denai Tiga Puteri di Eko Park Damansara.
Tahniah Juidayu Juseli surihati berjaya sampai puncak dengan jayanya pertama kali. Muhammad Nafiis, Jannah, Naufal dengan Malaeka Mushawwir pun jadi keluarga kecil aku. Hahahaha
Aktiviti kali ni berbeza sebab dengan keluarga dan ia memang enjoy dapat lihat keindahan alam dan macam-macam bunyi Naufal tanya bila lalu di hutan ni, ada unggas, burung dengan beruk.
Kesilapan kali ni, salah anggaran air masak yang dibawa tidak mencukupi. Hahaha.
Mujur Mimi ada lebihan air yang boleh tumpang, dah nak bonk air tak cukup waktu turun tadi. Alhamdullilah semua selesai dengan jayanya sampai ke atas dan bawah.




Leave a Reply