Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula sedar akan menjaga kesihatan diri termasuklah abam sendiri.
Pelbagai cara untuk menjaga kesihatan yang dilakukan, antaranya berbasikal, lari , berenang dan menjadikan diri menjadi abang sado pergi ke gym.
Mentaliti, pergi gym untuk sado sahaja adalah satu salah tanggap yang biasa.
Abam sendiri dulu pun, beranggapan mereka yang pergi ke gym setiap hari hanya untuk yang nak jadi sado.
Salah tanggap kedua adalah, kedai protein dan supplement body building juga untuk mereka yang berniat untuk menjadi sado sahaja.
Jom telusuri dahulu apa yang abam dapat dari kedai supplement dan protein murah Nutrition Pro buat pertama kali menjejakkan kaki ke sana.
PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI DI Nutrition PRO
Pertama kali aku menjejakkan kaki di kedai protein supplement murah NUTRITION PRO,aku bertemu dengan bro Akmal.
Tujuan asal aku cuma satu waktu hendak ke Nutrition Pro, iaitu mencari Fat Burner sahaja,titik.Sekali tiba dikedai Nutrition Pro, boleh pitam aku melihat semua produk yang ada di dalam kedai antaranya, mass gainer, whey, BCAA, glutAkmale, creatine, Pre–Workout dan lain-lain.
Banyak yang abam belajar dan ketahui berkaitan supplement yang terdapat di Nutrition Pro dari En Akmal.
PEMILIHAN KEDAI PROTEIN DAN SUPPLEMENT BODY BUILDING
Kat Malaysia ni, kau boleh lihat banyak gym yang dibuka diikuti pula dengan kedai pengedar produk supplement body building dan protein.
Nama besar yang sentiasa meniti dibibir aku ketika waktu aku mencari dahulu, antaranya GNC.
Kini banyak kedai menjadi pengedar produk supplement body building antaranya Nutrition Pro, WDC EJI Nutrition , Musclemania dan ProtienLab.
Sehinggalah abam membuat carian di google kedai protein supplement murah, menemukan aku dengan Nutrition Pro.
Kawan blogger abam pun rekomenkan abam untuk ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kedai Nutrition Pro di Kepong.
Produk-produk Supplement Bodybuilding dan Kegunaannya.
Terdapat 5 kategori produk utama yang kebanyakan bodybuilder akan beli.
1. Protein Supplement – Tujuan untuk membina blocks dan membina otot dengan cepat (ada 2 kategori, whey dan mass). Kandungan protein & BCAA membantu mempercepatkan proses ‘recovery’ (hilang sakit selepas main gym atau workout & bina sel otot baru).
Whey Protein – Sesuai untuk mereka yang macam abam. Berat cepat naik dan cepat buncit bila terlebih makan.
Whey sesuai untuk menurunkan berat badan kerana ia meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.Paling penting ia meningkatkan kadar
pembakaran lemak dan bina otot lebih cepat. Lebih banyak otot lebih cepat lemak terbakar. (Sesuai untuk lelaki dan perempuan)
Mass Gainer – Ini pula untuk mereka yang sukar untuk menambah berat badan, tapi dalam masa sama tidak membuatkan perut korang buncit walaupun berat badan meningkat.
Otot yang akan naik dengan cepat. (Apa barang berat naik tapi perut boroi lebih baik kurus ye tak? Hehehehe ) Senang cerita berat bertambah tidak lagi kurus kering tapi ada ‘shape’. Itu yang kita mahu. (Perempuan tidak digalakkan pengambilan Mass Gainer).
Creatine – Penggalak pertumbuhan otot dan mengekalkan tenaga di dalam otot (strength & performance).
Melambatkan pengumpulan asid laktik di dalam otot yang boleh membuatkan kita kelesuan.
Kesannya anda boleh bersukan lebih lama dan lebih kuat.
Glutamine – Elak muscle breakdown terutama semasa proses ‘cutting’ ( fasa bakar lemak ).
Ia penting untuk system imunisasi kerana kada glutamine akan menurun secara mendadak selepas intense workout.
Langkah pemulihan semulajadi akan mengambil masa 6-7 hari untuk kembali normal. Itu pentingnya supplement glutamine.
Pre-Workout – Ha, ini abam dapat maklumat untuk mereka yang malas nak buat senaman.
Tapi ada keinginan untuk bersenam. Ia menaikkan mood dan semangat hasil dari 3 happy hormone iaitu , endorphine, serotonin dan dopamine.
Energy dan stamina juga berganda.Ambil 15 minit sebelum aktiviti dilakukan. Paling utama, ia juga membuatkan kita focus semasa satu-satu aktiviti workout itu dijalankan. (Ni rahsia bila kita rasa malas nak bangun dari sofa masa tengok tv. Ambil pre-workout terus rasa nak berlari.)
Fat Burner – Ini tujuan asal sebenar abam ke Nutrition Pro, ia membantu meningkatkan kadar metabolisma badan dan memaksa penguraian sel lemak semasa aktiviti dilakukan.Paling penting meningkatkan tenaga supaya kita boleh bersenam lebih lama dari kebiasaan.
Fat Burner juga berfungsi untuk mengurangkan selera makan.Jadi, pada korang yang masih mencari-cari, kedai supplement murah abam cadangkan korang boleh ke Nutrition pro.Paling penting, bukan sekadar pembelian supplement dan protein yang murah.
Korang boleh dapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA lagi bila berkunjung ke kedai.
Abam sendiri ke kedai supplemet Nutrition Pro di Kepong untuk merasai sendiri serta melihat produk protein dan supplement yang murah terdapat di kedai.
Kenapa abam memilih Nutrition Pro?
Abam baru-baru ini mengalami kecederaan pada paha dan betis akibat workout yang berlebihan.Selepas abam mencari dan mendengar pengalaman dari rakan blogger yang pernah ke sana.
Abam pun mengambil peluang untuk pergi serta melihat dan mendapatkan khidmat nasihat sendiri dari mereka yang pakar dalam bidang supplement dan protein untuk body building ni.
Betul tak? Barulah abam dapat pulih dan dapat melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal dan senaman seperti sediakala.
Baru nak mula turun berat badan, kalau injured kang terus tak jadi pulak nak kuruskan badan ni.
Halal ke produk yang dibawa masuk oleh Nutrition Pro?
Ini antara kunci paling utama yang dititik beratkan oleh pengguna di Malaysia termasuk dengan abam. Ini antara kunci soalan yang ditanyakan oleh abam pada En. Akmal juga.
Jawapan beliau…….
Semua produk yang dibawa masuk oleh kedai supplement Nutrition Pro adalah berasal dari USA.USA sebenarnya cukup menitikan beratkan berkaitan sijil halal.
Bukan setakat di Malaysia sahaja ok. USA pun ada sijil halal mereka sendiri dan prosesnya agak ketat dan terkawal untuk satu-satu jenis produk.Majoriti produk yang dibawa masuk adalah berasaskan plant-based. Jadi tiada isu halal atau tidak disini.
Melainkan ada produk supplement dan protein yang berasaskan haiwan akan dimaklumkan kepada pengguna samada Muslim atau bukan.
Fuh lega abam mendengar penjelasan dari En Akmal berkaitan isu halal atau tidak supplement dan protein yang dibawa masuk oleh kedai Nutrition Pro.
INFO PENTING!
Kalau tersalah beli supplement atau protein ini amat bahaya pada kesihatan.Ini paling penting, produk supplement dan protein yang dijual agak mahal kerana semuanya diimport dari USA.
Ini yang korang kena berhati-hati, sebab ada segelintar penjual yang tidak bertanggungjawap menjual produk ‘fake supplement’ kepada ‘end consumer’ macam kita.
Kesannya, bukan setakat tidak mencapai apa yang korang hajati siap dapat penyakit lagi.Duit terbang sana sini, hasil tiada dah kena pergi hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dari ‘fake supplement’ ni.
Mengikut En. Akmal di Nutrition Pro, mereka sentiasa memastikan produk yang diterima adalah yang original seperti yang telah En Akmal tunjukkan list item yang diterima dari pembekal mereka dari USA.Jenama-jenama seperti Musle Metabolix, Optimum Nutrition, MuscleTech, Dymatize dan banyak lagi jenama terkenal dibekalkan terus kepada Nutrition Pro daripada USA.
Jadi, tiada isu ‘fake supplement’ yang timbul disini.
Perlu ke ambil supplement dan protein ni?
Ini perkara yang sering bermain di fikiran abam sejak mula kembali aktif berbasikal.
Terus abam ajukan soalan ni pada En.Akmal apa yang masih membelenggu fikiran abam.
Benda-benda ni wajib ambil ke untuk mereka yang aktif bersukan? Tak kira berbasikal, running atau kaki gym?
Boleh tak kalau bersukan tapi tak ambil apa-apa supplement?
Jawapan dari beliau….Boleh, cuma dengan supplement dan protein ni ia membantu untuk meningkatkan dan menggandakan kesan senaman tu terhadap badan kita.
Ibaratnya, buat satu dapat satu (tanpa
supplement) dan buat satu dapat sepuluh (dengan supplement).Contoh kecederaan yang dialami oleh abam sendiri, iaitu kecederaan peha dan betis ia akan ambil masa 5-7 hari untuk pulih sendiri.
Manakala dengan bantuan supplement dan protein ia membantu proses pemulihan dalam tempoh 1-2 hari sahaja.Tu la kesan bila cuba untuk turun berat badan tapi tak faham cara sebenar.
Hasilnya hari ni pergi gym, esok terus rehat 7 tahun sebab tak tahan sakit-sakit badan… (Ni abam cakap diri sendiri ok, sebab pengalaman sendiri.. Huhuhuhuh).
Ni cadangan yang abam terima dari En.Akmal, untuk orang yang baru bermula dan aktif serta ingin menurunkan berat badan.
En. Akmal sarankan pengambilan Whey Protein, Fat Burner dan Pre-Workout.
Jadinya, kau tunggulah hasilnya dalam tempoh terdekat adakah abam berjaya menamatkan cabaran yang abam sertai.
Perjalanan abam untuk turun berat badan bermula dari 4 bulan lepas. Mula-mula cuba buat sendiri. Kawal diet, mula bersenam.
Lepas tu tak tersangka di pejabat ada pulak program Cabaran 180 Hari BMI Ideal.Abam pon terus join la. Dapat tambah semangat sikit bila ada kawan-kawan satu ofis join sekali.
Tak tersangka tergerak hati nak ke Nutrition Pro lepas bersembang dengan kawan blogger.Dia yang suggest abam ke Nutrition Pro.
Segalanya telah dirancang dengan cantik dan indah sekali oleh Tuhan, semoga perancangan abam dan impian tercapai. Amin….
Jadi pada korang yang masih berkira-kira nak bermula dengan produk mana dahulu yang sesuai.
Jom jer ke kedai Nutrition Pro, yang berhampiran dengan korang.
Ada 13 cawangan seluruh Malaysia.Di setiap cawangan ada Supplement Consultant yang boleh terangkan dari A
sampai Z pasal supplement ni.
Tak tahu apa-apa? Jangan malu beb, tanya je. Bila abam tanya tu yang dapat rahsia guna pre-workout tu. Sebab abam memang ada masalah rasa malas sangat nak mula bersenam.
Kau boleh tanya segala keraguan yang masih bersarang dikepala tu, dan ketahui sendiri apa yang sesuai untuk korang.
Boleh layari https://nutritionpro.com.my untuk melihat pelbagai produk supplement dan protein.
Selain itu korang boleh lihat dahulu dan kedai supplement yang berdekatan dengan korang.
Facebook : https://www.facebook.com/nutritionpro.my/
BERTAMBAH SEMANGAT ABAM…
Bila En. Akmal tunjuk perubahan beberapa pelanggan Nutrition Pro, abam makin bertambah semangat nak turunkan berat badan.
Nah ni gambar-gambar yang En. Akmal tunjukkan pada abam. Dari gemuk jadi sado, dari kurus jadi sado. Tak ada yang mustahil.
Tapi paling penting bila sado makin smart pulak nampaknya kan?Hahaha.
Abam tak la rancang nak jadi sado macam diorang tu. Abam cadang nak jadi fit.Lebih bertenaga, sihat dan tak cepat penat.
Ni gambar abam sebelum mula proses ni.
Dibawah ni gambar abam sekarang. Masih tak banyak perubahan sekitar pengurangan 30kg secara total dari 150kg ke 120kg.
Nantikan update dari semasa ke semasa.
Jangan lupa ke https://nutritionpro.com.my untuk melihat pelbagai produk supplement dan
protein.
Atau boleh ke Facebook: https://www.facebook.com/nutritionpro.my/