Assalamualaikum.
Kali ini aku dan Raja Makan menerjah Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman.
Permulaan pasti ramai yang memandang rendah akan lokasi terjahan kali ini.
Aku pun pada permulaan pasti masakan tiada yang istimewa seperti kedai-kedai makan yang lain.
Tetapi, semuanya meleset selepas aku menikmati makanan yang dimasak oleh Chef Hafizah.
Selain masakan yang sedap dimasak, Chef Hafizah tak berenti bercakap dengan aku akan keseronokan kami menerjah kedai makannya.
Keramahan Chef Hafizah membuatkan aku mudah untuk bertanya kenapa beliau berniaga.
Sering kali pergi ke kedai makan, setiap masakan yang ditempah tidak menepati seleranya.
Sehingga Chef Hafizah membuka Kedai makannya sendiri di Food Court Putra Sulaiman, Ampang.
Pelanggan yang merasai masakan Chef Hafizah, pasti akan berulang dan memesan menu masakannya yang pernah dirasainya sebelum ini.
Antara killer menu Chef Hafizah ,
Ikan Siakap masak Portugis
Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan Siakap Stim
Ikan Kembung Asam Pedas
Tomyam Kaw
Kailan Bawang Putih
Aku merasi sendiri setiap masakan yang dimasak oleh Chef Hafizah.
Ikan Siakap masak Portugis
Ikan Siakap Masak Portugis, sambal yang dibuat sendiri membuatkan aku begitu menikmati setiap suapan. Pes Sambal Portugis yang diolah selama 3 minggu oleh Chef Hafizah akhirnya membuahkan hasil.
Kerana setiap kali pelanggan yang kedainya pasti akan menempah dan mengajak rakan-rakan untuk menikmati Masak Potugisnya. Yang menariknya, ikan yang hendak di masak Portugis boleh di ubah kepada ikan lain menurut citarasa pelanggan.
Range harga untuk Ikan Siakap Masak Portugis antara RM 35 – RM 55 mengikut size hidangan Ikan Siakap. ( Boleh juga ditukar ikan lain )
Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan Siakap Masak Stim Asam Boi
Ikan siakap masak stim asam boi antara yang menjadi pilihan pengunjung ke Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman.
Rasa yang tidak mengecewakan. Tambah isi ikan siakap yang tidak terlalu over stim. Masam-masam manis dari asam boi dan kemanisan ikan tidak hilang.
Harga ikan siakap RM35 – RM 55 mengikut size. ( Boleh juga ditukar ikan lain )
Asam Pedas Ikan Kembong
Asam pedas yang dioleh sendiri oleh Chef Hafizah, semuanya dari pengalaman beliau yang kaki melancong di dalam dan luar negara sebelum ini.
Daripada itu Chef Hafizah mula berminat untuk memasak dan berkongsi dengan orang ramai hasil masakan yang beliau oleh sendiri.
Rasa yang tidak mengecewakan. Cukup pedas, cukup masam dengan ikan yang dimasak elok. Jadi pada yang berada area lembah klang.
Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman antara destinasi Cari Makan yang korang patut terjah.
Tomyam Kaw
Ini antara hidangan yang membuat aku rasa sedikit kelaian namun sedap. Tomyam Kaw yang dioleh selepas melancong ke Thailand. Chef Hafizah mula menyajikan untuk pengunjung Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman.
Rasa serta kepadatan isi makanan yang membuat aku lagi teruja untuk terus makan dan makan sehingga sekejap semangkuk habis dari sajian yang dihidang.
Kailan Bawang Putih
Selalu kita dijamu dengan Kailan ikan Masin. Kali ini, Kailan dioleh dimasak Chinese Style. Kailan Bawang putih. Tak kurang enaknya serta bagi penggemar Kailan Ikan Masin, patut cuba kelaianan Kailan Bawang Putih.
Serius beb, ramai yang memandang rendah pada makanan yang terdapat di Food Court. Aku pasti ada beberapa peniaga yang sekadar berniaga melepas batuk di tangga.
Tapi pada pendapat dan selera aku, Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman antara kedai makan di food court yang kalau buka Restoran sendiri pasti akan lebih mahal harganya disebabkan RASA, NILAI serta KUALITI hidangan yang dimasak.
Sementara Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman masih berada di Food Court Putra Sulaiman, aku cadangkan korang rasai sendiri masakan oleh Chef Hamizah.
Korang pasti takkan menyesal menerjah dan merasai masakan di Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman.
Minuman yang disedaikan di Food Court Putra Sulaiman yang dijual berasingan atau centre of Food Court Putra Sulaiman adalah minuman di satu kaunter.
Minuman yang kami terjah..
Fresh Orange Asam Boi
Lai Chi Kang
Ice Blended Capucinno
Sebelum aku terlupa. Special Menu melalui tempahan juga disediakan oleh Chef Hamizah. Udang Galah Tomyam Kaw. Udang Galah yang dimasak Fresh perlu untuk memastikan keenakan Udang Galah tidak hilang.
Jadi pada korang penggemar Udang Galah dan Tomyam Pure Thailand.
Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman adalah the right destinasi korang patut terjah.
Jadi, pada korang yang nak tahu lokasi Kedai Makan Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman
Korang leh terjah
Facebook : Marvellous Kitchen Ampang di Food Court Putra Sulaiman
Alamat : Persiaran Putra Sulaiman, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Hubungi Chef Hafizah :0172240178
Waktu Operasi : 4:00pm – 1:00 am
Terus terliur ni…tgok gambar pun bagai terasa kesedapannya…
Hahahaha.. Tq Cik Suriaamanda.. 🙂
Jom Terjah !!!
menu killer cikza : siakap 3 rasa. peh! nanti nak cuba. dah dekat ngan oppis.
Cik Haniza… Terjah Terjah.. Tapi depa buka Dinner..