Permulaan bagi mereka yang gemuk macam aku untuk mula mengayuh.
Langkah pertama, memilih basikal yang ikut poket dan kemampuan untuk kayuh.
Pilihan Basikal
Pilihan basial yang aku pilih adalah TRS CONGO 24 inci tayar. Mengapa memilih 24 inci bukan 16 seperti size biasa basikal lipat.
Sebab utama adalah kerana, dari khidmat nasihat yang aku dapat dari penjual.
Aku gemuk, kayuhan basikal dengan tayar yang kecil ditambah dengan berat badan aku.
Membuatkan aku cepat penat dan akan cepat mengalah dalam kayuh basikal.
Jarak Kayuhan
Aku bermula dengan jarak kayuhan pertama pada tahun 2018 adalah 10km.
Itu pun , bukit semua aku berhenti dan tolak dan rasa nak humban basikal ke lantai.
Menambah Stamina
Aku kemudian mula dengan jarak yang dekat. 2km untuk kayuhan seterusnya secara konsisten setiap hari.
Ini untuk membuatkan aku biasa dan aku tidak cepat mengalah.
Kemudian jarak di jarak ke 5km dan seterusnya aku berjaya habiskan kayuhan di Port Dickson program sebagai hantu dengan jarak 30km.
Pada yang mencari kayuhan jarak 100km dan ke atas. Aku ada member yang rajin menulis.
Dia dari awal pembabitan memang kaki racing, sampai sekarang.
Kayuhan tak kurang 20km, setiap kayuhan dan kayuhan sentiasa padu.
Sejak ada chanel Youtube kekadang kawan aku ni menulis dan bercerita tentang kisah mistik.
Korang boleh ikuti di blog www.BrekKejap.com