Secara jujurnya, aku dah jarang sangat menulis kat blog aku sendiri.
Lebih banyak luahannya ditulis di Media Sosial Facebook terutamanya.
Kali ni aku nak cuba berkongsi dengan kalian yang mungkin mencari maklumat tentang pemakanan.
Mungkin catatan aku kali ni sedikit lain. Kerana aku akan berkongsi juga dengan korang cabaran 90 hari aku dengan doktor kesihatan.
Ni antara petikan yang telah aku tulis ketika aku selesai bertemu 4 mata dengan doktor.
01/90
Catatan 90 hari.
Cabaran dari doktor
untuk turunkan berat.
Serta bacaan gula dalam darah. Kena jaga makan bukan berlapar.
Kita guna kaedah sebelum ni belajar
tapi tak praktis.
Doktor kata selesa sebab sebelum ni,
bacaan gula dah turun dan
kolestrol dah mula turun.
Catatan ni untuk rekod sendiri sambil diperhatikan oleh korang sebagai saksi utama.
Mana yang kawan doktor/ ahli farmasi leh la bantu sekolahkan aku.
Moga berjaya normalkan kehidupan.
Owh ya, catatan gula tadi 9.5 amik hujung jari.
#CatatanKesihatanNizam