Pengalaman selepas hampir 5 bulan.
Odometer pula dah cecah 12,000 km jarak pemanduan.
Perjalanan paling jauh ditunggang Lumut, Perak.
Kelebihan Modenas Elegan 250 EX
1. Murah dari pengeluar lain 250 skuter
2.Lampu terang gila.
3. Seat duduk pemanduan memang empuk dan lebar betul.
4. Penumpang (pillion) pun tak terasa perjalanan lebih 200 km. ( Putrajaya – Melaka ).
5. Tayar standard Kenda dari kilang memang sedap ‘time corner’ jalan kering.
Kelemahan Modenas Elegan 250 EX.
1. Tayar Kenda standard kilang corner licin waktu hujan.
Perjalanan EX aku ni, dari Putrajaya ke Melaka memang macam ulang alik Kuala Lumpur.
Kursus sebelum ni, banyak kali kena ke Melaka.
Pemanduan setakat ni, memang berbaloi betul pembelian.
Jadi pada korang yang cari skuter 250.
Memang berbaloi memiliki ME 250 EX ni.
Itu je penulisan aku kali ni. Nampaknya, skuter mula mendapat tempat para penunggang di Malaysia.