Anak Malas Ke Sekolah? Ni Solusinya.

Ini untuk korang yang ada masalah
anak-anak malas nak ke Sekolah.



Bangun paginya asyik menangis….

Bangun paginya malas-malas…

Bangun paginya, dibibir tak sihat…

Bangun paginya, pelbagai alasan
tak mau ke sekolah…

Ini yang kami hadapi ketika
Naufal di darjah 1.

Sebelum tu, dah hantar ke Tadika
dan ditawarkan pun ke Pra Sekolah.

Makna kata dah 2 tahun dalam suasana
atau kawasan pembelajaran.

Namun, masih ada isu nak ke sekolah
tidak mahu atau malas.

Ni apa yang kami lakukan pada Naufal.

Tetap kejutkan Naufal bangun pagi.

Tetap hantar sekolah.

Pernah berenang di lantai sekolah
disebabkan nak ikut Umminya balik.

Juidayu Juseli sampai perlu ke kelas
dan ditangkap pula oleh guru
kerana Naufal nak ikut balik.

Pernah abang bawa Naufal ke Hentian Bas
yang tidak digunakan lagi.

“Dah duduk sini, takyah balik. Main la
24 jam takyah belajar.”

Sampai begitu sekali.

Alhamdullilah, walaupun tiada teknik
yang rahsia.

Cuma kami berdua tetap lakukan ini

Bersabar
Konsisten Hantar Ke Sekolah
Meminta bantuan guru kelas
Bantuan dari Guru yang tak putus

Alhamdulliah, hari ni Naufal telah pun
memasuki arena Sekolah Menengah.

Setiap anak ni ada je kisahnya.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge