“Banyak tudung bawal dalam almari ni dah outdated, kena beli tudung baru raya ni.” Kata Salamah pada suaminya.

Terus Sulaiman check laci dan almari pakaian Salamah untuk melihat tudung yang dikatakan outdated tu.
Bagus juga aku kongsikan tutorial yang para suami boleh ikut. Tudung yang outdated tentu dah tak dipakai oleh Salamah.
Terus Sulaiman siapkan peralatan tripod, lampu ring, siap sedia untuk live.
Tak sangka Sulaiman, rupanya ramai para suami punya masalah yang sama sepertinya.
Banyak tudung bawal outdated dalam almari pakaian isteri tidak terpakai, jadinya lepas ni tiada lagi kain serban yang warna putih dan hijau sahaja pada tahun mendatang dilihat diruangan solat lelaki.
Mesti lebih meriah tahun mendatang serban bercorak dan pelbagai rona warna di masjid dan surau.
Sesilap, imam masjid kariah kita pun tidak lagi berserban putih, sesilap serban tudung bawal limited yang ada batu Sarvoski.
Gitu.
Shahkhairul Nizam Ramli
Jangan Tanya Mana Dapat Lebai Baru Bunga-Bunga
Kredit Gambar OhMyMedia