Pencari Makan

Bukan Sekadar Makan, Penulisan Kehidupan Pencari Makan di Bumi Tuhan

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

Palestin Tidak Akan Hancur

14/05/2021 by pencarimakan Leave a Comment


139 tahun sebelum kita diberitahu yang

melancong ke Tel Aviv tu tiada beza dengan kita main Fesbuk, Google atau segala macam kegunaan teknologi buatan Yahudi,

di sana telah berlaku ‘Aliyah Zionist’ pertama ke bumi Palestin, atau dalam istilah mereka Promised Land, atau kalau nak lebih hipster sebut dalam bahasa Hebrew boleh juga kita panggil sebagai Eretz Yisrael.

Aliyah – perkataan ni merupakan mantra, cita cita, pedoman, inspirasi, matlamat suci, dan end in mind yang ada dalam hati sanubari setiap insan berdarah Yahudi.

Juga berasal daripada bahasa Hebrew, Aliyah secara literal memberi maksud “mendaki/tindakan naik ke atas”, atau kefahaman maksud menyeluruhnya adalah tindakan oleh kaum Yahudi meninggalkan bumi yang sedang mereka diami (di Asia, Eropah, USA, etc) lalu pulang ke Eretz Yisrael demi menuju ke Jurusalem.

Telah direkod oleh sejarah, Aliyah pertama pasca Zionis berlaku pada tahun 1882, kekal digelar Aliyah Pertama sebagai titik tolak bermulanya migrasi (penaklukan) kaum Yahudi di tanah Palestin.

Kemudian, berlaku pula gelombang Aliyah Kedua, Aliyah Ketiga, Aliyah Keempat, Aliyah Kelima, Aliyah Bet, Aliyah Dari Barat, Aliyah Pasca Perang 1967.

Untuk lebih mudah kita tengok, ni aku summarykan sebahagian anggaran kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin mengikut gelombang Aliyah.

Aliyah Pertama:
Tahun 1882-1903
Anggaran 35,000 kaum Yahudi dari Rusia, Romania dan Yahudi Yaman berpindah ke Palestine dan mendirikan beberapa pekan kecil seperti Petah Tikva, Rishon LeZion, Rosh Pinna, dan Zichron Yaakov.

Aliyah Kedua:
Tahun 1904-1914
Anggaran 41,000 kaum Yahudi mostly dari Rusia masuk lagi ke Palestin. Masa ni di Rusia sentiment anti-Semitism makin kuat sebab tu kaum Yahudi berbondong datang masuk Palestin.
Mereka dirikan pekan Ahuzat Bayit pada tahun 1909, yang kini seluruh dunia kenali sebagai Tel Aviv, ibu kota kasih sayang kalau ikut pandangan seorang influencer yang berziarah ke Tel Aviv beberapa tahun lepas.
Period ni bahasa Hebrew diajar kembangkan pada seluruh anak anak Yahudi, organisasi politik ditubuhkan dan surat khabar Hebrew mula beredar ke segenap tanah Palestin.

Aliyah Ketiga
Tahun 1919-1923
Anggaran 40,000 lagi kaum Yahudi bertandang ke Palestin. Kali ni ramai dari Eastern Europe sebab depa lari dari WW1. Nak lari ke mana lagi kalau bukan ke Eretz Yisrael?
Kumpulan ini membangunkan Lembah Jezreel menjadi tumpuan utama pertanian. Ekonomi semakin berkembang, masyarakat Yahudi semakin tersusun, teknologi mula dibangunkan dan segala macam idelogi/organisasi mula tumbuh seperti General Labor Federation, National Council dan Haganah (Israel Defence Force).

Aliyah Keempat
Tahun 1924-1929
Anggaran pendatang 82,000.
Kebanyakannya dari Poland dan sekitar Eastern Europe.
Gelombang kali ni yang masuk ramai kumpulan middle class, Yahudi cerdik pandai. Depa dah mulakan perniagaan dan bangunkan industri di pekan pekan yang wujud semasa Aliyah sebelem sebelumnya.

Aliyah Kelima
Tahun 1929-1939
Ok ni dah start main sampai 250,000 orang. Kesan tekanan Nazi German. Jadi mostly yang datang dari Central Europe macam German, Austria, Greece dan Czechoslovakia. Kaum Yahudi yang masuk kali ni ramai geng professional. Doktor, peguam, arkitek, professor, dan jurutera.

Ada banyak lagi Aliyah lepas tu, terutamanya lepas penubuhan negara haram Israel tahun 1948.

Aliyah Soviet Union
Aliyah Ethiopia
Aliyah Yaman
Aliyah Iraq
Aliyah Morocco
Aliyah Iran
Aliyah Latin America
Aliyah France
Aliyah North America

Yahudi dari seluruh dunia yang kesemua mereka ini tidak lain mahu melengkapkan prophecy demi menakluk The Promised Land.

Bermula pasca Aliyah Zionis 1882 sehinggalah saat ini,
Jumlah kaum Yahudi di bumi Palestin sudah mencecah 6.8 juta orang!

Kau orang kalau lapang boleh juga baca pasal Operation Magic Carpet, Operation Ezra dan Operation Nehemiah. Ni semua operation licik bawak kaum Yahudi terus fly masuk Palestin. Angkut semua Yahudi beratus ribu orang. Kau baca Operation Magic Carpet tu sampai orang panggil tu Operasi Kedatangan Messiah. Gila sampai macam tu dia punya fanatik nak takluk Jurusalem.

Adakah Yahudi di Israel tidak cintakan kedamaian?

Mungkin mereka juga mahu kedamaian (sesama mereka)

Tapi sini aku bgtau;

Kaum Yahudi sembahyang 3 x sehari, tema utama doa dan permintaan spiritual yang depa akan panjatkan tidak lain adalah memohon agar mereka semua kembali berkumpul di Eretz Yisrael sebagai sebuah bangsa paling kuat,
sebagai bangsa yang pernah disayangi Tuhan, bangsa yang melahirkan para Nabi sebelum Muhammad, bangsa yang menyampaikan ajaran Zabur dan Taurat, bangsa yang disebut namanya tidak kurang 20 kali dalam kitab suci Al Quran.

Bangsa yang dalam perayaan Passover Seder atau Yom Kippur tidak pernah sekalipun terlupa menutup doa mereka dengan kata kata;

“Shana Habaah B’Yerushalaiym!”

yang membawa maksud;

“Tahun depan di Jurusalem!”

Ya, itu lah doa mereka sejak ratusan tahun yang lampau. Tidak pernah terleka walau sekali, tidak pernah terlepas walau sedetik.

Maka untuk itu,

Pembantaian ke atas rakyat Palestine mesti diteruskam walau ianya memakan masa puluhan, ratusan malah ribuan tahun sekalipun.

Seperti apa yang kita saksikan saban Ramadhan, serangan mencari pasal, provokasi, pembunuhan civilian – semuanya ini ultimately hanya untuk satu tujuan;

Menguasai SEPENUHNYA Eretz Yisrael.

Sebagaimana kaum Yahudi tidak berputus asa, seperti itu lah rakyat Palestine juga tidak akan hancur.

Walau dibantai puluhan, ratusan atau ribuan tahun sekalipun, Palestine dan rakyatnya tidak akan hancur. Mereka akan terus melawan dan berlawan sehingga kemenangan yang dijanji Tuhan tiba.

Kemenangan yang pasti akan tiba.

Allah telah berfirman seperti yang termaktub dalam surah Al Baqaroh ayat 120, bermaksud;

“Orang orang Yahudi dan Nasaro tidak akan pernah senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itu lah petunjuk yang benar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi penolong dan pelindung bagimu”

Innalillahiwainnailaihirojiuun, kita titipkan doa kepada para syuhada di Palestine yang telah bertemu Tuhan Rabbul Jalil.

Allahummaghfirlahum warhamhum, wa’afihim wa’ fu’anhum.

Filed Under: Kehidupan, Keluarga







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Echal's Steamboat dan Grill Semenyih Lokasi Makan Berbaloi
  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Yong Tau Fu Sedap Di Melaka. Mesti Cuba bila ke Melaka
  • Restoran SRI Pumpong Alor Setar Masakan dan Hidangan Gaya Kampung
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Lirik LAGU PEMATAH HATI - Cumi Cumi Cumi
  • Mee Rebus Tapah Destinasi Wajib Cuba untuk ke Cameroon Highland
  • Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Goreng Kambing Viral Sedap Dan Mudah

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Filem
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Ikan Bakar
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kenderaan Lelong
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Parenting
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan KL
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 361,108 hits

RECENT POST

  • Baskbear Putrajaya Mahal??!
  • Politik dan Rasuah Meruntuhkan Negara dalam Tetris The Movie
  • Luck vs Bad Luck. Betul ke?
  • Modenas Elegan 250 EX tukar Variator Pulley. Ok Ke? Selamat ke?
  • Berapa Kos 1st Service Modenas Elegan 250 EX? Mahal ke?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • Anuar on Sweet dan Bahagia Sangat Bila Orang Yang Kita Sayang Panggil Baby. Betul tak?
  • pencarimakan on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Nik on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • pencarimakan on Jujur Dalam Berurusan Walau Untung Kecil
  • pencarimakan on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2023 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative