“Bayar Mahal Untuk Kelas Baik Aku Gunakan Duit Tu Untuk Melabur.”
1. Biasakan dengar dan kekadang kita pun tercakap benda yang sama bukan.
” Aku dah habaq kat ang, degey bukan leh berjaya pun ang pi kelas depa.”
2. Ini adalah pilihan yang kita semua ada nak hadap sendiri atau belajar dengan mereka yang dah tempuh liku dan luka peperangannya.
3. Ada orang, dia sanggup keluarkan duit untuk belajar daripada mereka yang berilmu.
4. Ada yang sediakan kursus tak kurang juga keluarkan buku menulis memberi kesedaran kefahaman kepada yang minat.
5. Betullah kata bijak pandai dahulu, janganlah kalian lawan cakap dengan mereka yang bodoh. Pasti kalian akan membuang tenaga.
6. Ada pula orang mereka selesa dengan ‘try and error’ melalui ujicuba.
7. Semua itu tak salah kengkawan. Selagi mana ia serasi dan kena dengan jiwa dan tak melanggar syariat dan hukum syaraq teruskan sahaja.
8. Semua kita ingin berjaya dalam apa jua pekerjaan, perniagaan dan apa pun perkara yang dilakukan.
9. Hormati setiap pilihan kengkawan sekeliling kita.
Gegadis memang suka benar lelaki yang sentiasa mengejar cinta mereka dan jadikan mereka peneman hidup. Cuba ajak mereka berkahwin mau lompat bintang dia walaupun berpuasa.
Shahkhairul Nizam Ramli
Pilihan Sentiasa Ada