Pengalaman Cuba Menawan Puncak Denai Tiga Puteri di Eko Park Damansara

Pengalaman pertama kali mendaki Denai Tiga Puteri di Eko Park Damansara sesuatu yang cukup mencabar dan sesuatu yang berharga.

Beriya meredah bukit untuk program pada hari Sabtu ni. Seronoknya, waktu peringkat awal pendakian jalannya landai dan tenang sahaja.

Jumpa ramai juga mereka yang mendaki pada hari kerja, siap jumpa ada sorang uncle berumur 67 tahun ni. Mendaki setahun ni, setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Pendakian hanya untuk menikmati kedamaian serta menikmati kopi. Seronok katanya, dengan udara segar badan nampak sihat.

Ya Tuhan. Indahnya damai serta udaranya segar dengan keindahan alam.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge