Bank Tempatan Untung Berbilion Setahun, PKP 6 Bulan Pengecualian Kadar Interest di tarik balik? Pusingan U?

Bank buat pusingan U dan tidak mengikut arahan kerajaan?

Jadi, adakah kita perlu meneruskan pembiayaan dikecualikan dengan kadar interest yang ditawarkan?

Golongan yang tidak perlu mengambil moratorium

  1. Kaya raya sehingga tidak tahu buat lebihan tunai untuk apa.
  2. Duit yang ada dalam poket dan bank berlumut lagi jika tidak digunakan.

Mereka yang perlu pertimbangan untuk meneruskan menerima Moratorium walaupun dengan kadar interest seperti berikut.

(RM 500 x 6) x (4%) x (5×0.5) = RM 300

Kadar ini samaada dimasukkan kedalam bayaran bulanan untuk mencukupkan lebihan kadar bayaran bulanan.

Sebelum ini, bayaran bulanan RM 500 + (RM 50) untuk kadar tempoh selama bulan 6 bulan.

Ini bergantung kepada bank yang memberi pinjaman.

Jadi, adakah kita perlu atau tidak menerima Moratorium.

Banyak syarikat yang listed dalam Bursa Malaysia memotong gaji pekerja 4%.

Pemilik syarikat Mydin sendiri mengatakan memotong gaji pekerja mereka 50% walaupun sentiasa penuh pasaraya mereka rakyat membeli.

Sedikit sebanyak moratorium memberi peluang bernafas kepada kita semua untuk tempoh 6 bulan ke hadapan.

Merancang dengan lebih baik, dan sentiasa menanam dalam fikiran pesanan ini.

‘Tiada makanan Percuma pada abad ke-21’

“Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucaplah perkataan yang benar.”

Al-Ahzab ayat 70

Nota kaki , pen pun bank ikat pakai getah takmak bagi ampa bawa balik. Inikan pula interest rate.

*Pandangan peribadi penulis tidak boleh dianggap nasihat kewangan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge