Covid-19 Musibah Atau Jalan kebahagiaan ketik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Dikala dilanda musibah #Covid19 kita pelajari banyak benda baru dan hubungan serta perangai sebenar anak-anak dapat dilihat sendiri.

Penulis Mengajar Anak Mengira

Mana yang selalu sibuk urusan kerja, kerjaya, perniagaan, lebih masanya dirumah. Paling jauh pun, menyendiri di bilik komputer atau bilik bacaan untuk urusan kerja.

Paling lama, 2-3 jam untuk menyendiri menyelesaikan urusan kerja. Namun kini sudah hampir 3 minggu kita berhadapan dengan cabaran Covid19.

Para guru mencari pelbagai jalan untuk mendidik anak-anak dirumah supaya tidak ketinggalan pelajaran mereka. Untuk menyelesaikan isu online class cabaran bagi keluarga yang punya data yang terhad.

Ibubapa yang sebelum ini, ‘membela’ anak-anak dan sering menyalahkan guru-guru disekolah. Harap tersedar dan terus berubah 100%, betapa guru itu begitu tabah,sabar dalam mendidik anak-anak bukan sahaja faham dalam pelajaran malah mendidik akhlak menjadi yang terbaik.

Bumi dapat berehat sebentar kerana kurang karbon dioksida dengan kurangnya kenderaan bergerak kesana kesini. Semoga kita semua diberi kekuatan dalam menghadapi cabaran ini.

Buat Latihan Ke Menonton TV?

Pada yang masih berdegil ke sana ke sini, ingatlah. Dek kerana kita yang tidak tegar duduk diam dirumah, kesannya pada satu negara.

Impaknya nasional, bukan kepada diri sendiri. Jadinya, diharap semua terus kekal #StayAtHome dan bersama kita memudahkan urusan pihak frontliner bahagian kesihatan dan Keselamatan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge