Semalam selepas solat terawih berjaya selesaikan kayuh 20km disekitar Putrajaya. Baru sedar perkara yang menyebabkan mengapa gagal menghabiskan kayuhan ketika Isnin lepas. Punyalah cari alasan untuk kalian baca status ni.Hahahahaha.
Perkara pertama yang menyebabkan punca tidak semak keadaan tayar basikal sebelum kayuh dimulakan. Benar, tayar memainkan peranan yang penting dalam aktiviti kayuhan. Jika tayar tidak mencukupi angin lebih cepat penat dan letih ketika kayuh basikal.
Tayar yang kurang angin membuatkan kayuhan lebih berat dan jarak kayuhan terasa lebih jauh dari kebiasaan. Cepat penat dan letih berkayuh dengan basikal kekurangan angin. Itu pentingnya pemeriksaan tayar sebelum meneruskan aktiviti kayuh dilakukan.( Pesan buat diri sebenarnya ).
Pada kalian yang ingin kayuh ketika di bulan Ramadan ini, pastikan kalian periksa keadaan tayar angin mencukupi dan teruskan kayuhan dengan tenang dan jayanya. Selamat beriadah di bulan Ramadan dengan tenang.
Ha gitulah.
Jangan kalian segan silu, kongsikan perkara bermanfaat sesama rakan kalian. Jangan lupa like dan komen ya.
Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Kayuh Basikal
Leave a Reply