Di ruang dapur yang panas dan sempit, pengorbanan dan kasih sayang seorang wanita bergelar mak boleh dilihat.
Bukan setakat bulan Ramadan, malah hampir setiap hari akan dihabiskan masanya sebaik mungkin di dapur untuk kenyangnya perut didalam rumah.
Keletihan mak akan hilang selepas melihat anak-anak dan suami kenyang makan masakkannya.
Ruang meja makan kembali tenang tanpa suara anak-anak berebut makan di meja makan, suami yang menegur anak-anak.
Semua kembali ke meneruskan aktiviti setelah selesai makan. Mak masih lagi di dapur untuk mengemas dan menyusun.
Sikit pun tidak mengeluh, walaupun penat masih bersisa sewaktu menyediakan makan. Itulah mak.
Kini, anak-anak mak telah pun besar. Ada yang merantau, ada yang bekeluarga.
Pulanglah, bersahur dan berbuka dengan mak di bulan Ramadan ini.
Sesungguhnya itulah yang sering menjadi kerinduan mak. Semoga Ramadan ini sentiasa memberi kesihatan dan kekuatan kepada wanita bergelar mak.
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)
Shahkhairul Nizam Ramli
Seronok Berbuka Puasa bersama Mak
Leave a Reply