Pencari Makan

Bukan Sekadar Makan, Penulisan Kehidupan Pencari Makan di Bumi Tuhan

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

Travel Trip Tips Ke Kota Jakarta Indonesia Tanpa Tourism Guide

03/07/2018 by pencarimakan 4 Comments

Buat pertama kali ke kota Jakarta Indonesia, ia pasti satu pengalaman mengujakan dan mendebarkan.

Perkara pertama apabila tiba di kota Jakarta perlulah memilih untuk memakai talian internet sendiri mahupun beli di lapangan terbang sahaja.

Memilih pengangkutan

Memilih pengangkutan dari Soeharto Hatta Bandara Lapangan Terbang.

Ini untuk mereka yang pertama kali dan tiada perancangan seperti kami.

Perlu jelas ingin ke Jakarta mana? Jakarta Utara, Jakarta Barat, Jakarta Timur mahupun Jakarta Pusat.

Kami ingin ke Jakarta Pusat iaitu Tanah Abang. Lokasi yang dipilih oleh pemborong.

Kenderaan yang ada untuk pilihan adalah, teksi bluebird ( 228,000 IDR ) , Bas Mandri ( 55,000 IDR ) ataupun GrabCar ( 114,000 + 5,000 parkir + 16,500 tol ).

Kami memilih untuk menaiki Grabcar, cabaranya adalah perlu ke aras 3 ruang parkir bersebelah A&W.

Disini anda akan dibantu oleh pekerja Grab yang menerangkan kos tambahan berikut. Jadi anda jelas dengan kos tambahan tersebut.

Pemandu Grab menghantar kami hingga je pintu hotel pilihan kami. Favehotel Tanah Abang.

Jadi kos berbeza untuk anda yang ingin ke hotel atau lokasi yang dituju.

Paling utama, survey harga dan pilih yang bersesuaian dengan budget anda.

Bagi pengguna Grab pastikan anda ke ruang parkir aras 3 untuk menempah kenderaan. Ia disediakan khas untuk penumpang dan pemandu Grab.

Semoga kami berdua selamat menjelajah kota Jakarta tiga hari ini tanpa masalah hendaknya.

Doakan kami, dapat melawat Tanah Abang Grosir untuk berkongsi barang borong yang terulung di kota Jakarta.

Pilihan makanan yang enak

Indo Mie di Airport Soeharto Hatta

 

Nasi Goreng Ayam dan Hati di sebelah Gajah Mada Plaza Jakarta.

Stall yang sepanjangnya, namun masih ramai bercuti lebaran katanya.

Syukur, rezeki makan malam kami di kota Jakarta.

Rezeki kami peroleh makanan yang enak semalam, Nasi Goreng Hati Ayam, Satey Ayam serta Satey Kambing untuk makan malam.

Sepanjang jalan Tanah Abang ada jualan roda tiga penjual tempatan berdagang.

Bolehlah kami menikmati hidangan serta masakan mereka. Syukur, enak-enak rasanya.

Pengalaman ini mahal harganya yang dirancang lain menjadinya lebih baik.

Selain itu, satey kambing dan ayam kena cuba dan rasa. Pedas-pedas manis. Memang lain benar dengan yang ada di Malaysia.

Selain dari itu, kami juga menikmati Ikan Gurame masak masam manis disertai Ketam nipah. Memang lain benar rasanya Ikan Gurame ni. Pertama kali nikmati sebab memang kegemaran Naharul apabila ke kota Indonesia. Katanya ikan Gurame ni takde kat Malaysia. Masak pula garing luar dalamnya lembut isinya. Pergh…

Nasi Goreng Kambing Viral Jalan Kebun Sirih.

Lokasi makan viral ini juga dapat kami berdua jejaki dengan menaiki Grab pada kadar 14,000 IDR dari hotel kami Favehotel jakarta Pusat.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit ini membuatkan kami semakin ingin menikmati Nasi Goreng Kambing Viral. Perlu dibayar dahulu makanan yang ingin ditempah. Kemudian mendapat bil dan serah pada petugas.

Sepinggan Nasi Goreng Kambing 41,000 IDR pada kami agak mahal mungkin disebabkan viral. Ia tiada keistimewaan dibandingkan lokasi makan yang kami tempuh. Disebabkan viral , kami juga ingin melihat dan nikmati dan rasa sendiri nasi goreng kambing viral.

Tips pada traveller, kami dimaklumkan oleh pemandu grab. Jika ingin nikmati seeloknya pada hari biasa kerana pengunjung tidak begitu ramai. Potion makannya juga lebih dari hari libur (cuti).

 

Nasi Goreng Kambing Viral Jalan Kebun Sirih Jakarta

Nasi Goreng Kambing Viral Jalan Kebun Sirih Jakarta. Ambil gambar aku satu baru tau kita dah sampai.

Hard Rock Cafe Jakarta

 

Ini bagi peminat dan kolektor Hard Rock Cafe, stor berada Jl Jend Sudirman Kav 54-55 No. 52-53 Mall Pacific Place, Ground Floor, unit G-05, RT.5/RW.3, Senayan, Kby. Baru, Daerah Khusus Ibukota Jakarta.

Ramai berdagang

 

Anak kecil comel ini berjualan di sepanjang jalan kebun sirih Jakarta. ‘Aku kalau tak comel budaknya tak beli aku tisu ni. 5,000 IDR tu satu bungkus tisu.” kata-kata Naharul ketika anak comel ini berlalu pergi.

 

Shahkhairul Nizam Ramli
Pertama kali jejak kaki di Jakarta

Filed Under: Halal Food Indonesia







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Comments

  1. Munirah Izzan says

    03/07/2018 at 10:57 am

    nice info.. thanks sharing

    Reply
    • pencarimakan says

      03/07/2018 at 6:38 pm

      Sama sama. Moga menberi manfaat

      Reply
  2. adianiez AIDA says

    03/07/2018 at 10:20 pm

    tq for sharing those happy moments of yours.
    lom pernah jejak kaki ke jakarta.
    one day, in shaa Allah…

    Reply
    • pencarimakan says

      04/07/2018 at 9:10 pm

      Sama sama. Seronoknya sudi membaca.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Echal's Steamboat dan Grill Semenyih Lokasi Makan Berbaloi
  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Yong Tau Fu Sedap Di Melaka. Mesti Cuba bila ke Melaka
  • Restoran SRI Pumpong Alor Setar Masakan dan Hidangan Gaya Kampung
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Lirik LAGU PEMATAH HATI - Cumi Cumi Cumi
  • Mee Rebus Tapah Destinasi Wajib Cuba untuk ke Cameroon Highland
  • Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Goreng Kambing Viral Sedap Dan Mudah

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Filem
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Ikan Bakar
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kenderaan Lelong
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Parenting
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan KL
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 361,108 hits

RECENT POST

  • Baskbear Putrajaya Mahal??!
  • Politik dan Rasuah Meruntuhkan Negara dalam Tetris The Movie
  • Luck vs Bad Luck. Betul ke?
  • Modenas Elegan 250 EX tukar Variator Pulley. Ok Ke? Selamat ke?
  • Berapa Kos 1st Service Modenas Elegan 250 EX? Mahal ke?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • Anuar on Sweet dan Bahagia Sangat Bila Orang Yang Kita Sayang Panggil Baby. Betul tak?
  • pencarimakan on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Nik on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • pencarimakan on Jujur Dalam Berurusan Walau Untung Kecil
  • pencarimakan on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2023 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative