Bazar Ramadan Bandar Baru Bangi dan Ketakutan ke Bazar Ramadan

Antara ketakutan ketika membeli di bazar ramadan.

1. Makanan tak sedap.
2. Makanan basi.
3. Makanan pertama kali dijual di bazar ramadan.
4. Peniaga kurang jujur.
5. Makan mahal tak setimpal dengan belian.

 

Ini antara ketakutan yang membuatkan ramai mengundur dan paling berani. Mencuba dan membeli boikot terus kedai tersebut.

Tak pergi dah ke kedai jualan tersebut tanpa memberi tahu pada peniaga kesilapan mereka.

Ini untuk mereka yang nak ke bazar ramadan di belakang Old Town White Coffee Bangi atau ECO Bandar Baru Bangi yang baru.

Untuk yang bujang dan budget makan kenyang sampai sahur, boleh terjah Nasi Ambeng RM 8, lauk pilihan daging rendang, ayam sambal atau ayam kicap.

Nasi punya selambak ya ampun. Mee punya sedap, ditambah kepedasan sambalnya. Selonggok sambal jawa, ditambah kelapa serta ikan masin yang selonggok.

Siap ada pegedil, aku pula makan dengan daging rendang punya enak kelembutan dagingnya lagi aduh…

Nak kena beli dua bungkus ni kalau pergi lagi memang tak cukup aku makan sebungkus walau selambak nasinya.

Kau yang tak kuat makan, bolehlah kongsi dua orang ditambah dengan pilihan lauk ayam kicap atau ayam sambal.

Selamat mencuba di lokasi bazar ramadan yang aku kongsikan dan kau kongsikan gambar kau terjah petang ni tau.

Kahkahkahkaha..

Shahkhairul Nizam Ramli
Pencari Makan

Loading

One thought on “Bazar Ramadan Bandar Baru Bangi dan Ketakutan ke Bazar Ramadan

  1. Sebab itulah selain makanan tu halal, peniaga mesti utamakan kebersihan dan kesedapan. Barulah pelanggan seronok beli. Nasi ambeng RM8 pun tak jadi masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge