Ramadhan bakal tiba, banyak restoran  menawarkan pakej ramadhan untuk bakal tiba.
Destinasi buka puasa sekitar Putrajaya antara lokasi boleh cuba antaranya adalah Pusat Ekusterian Putrajaya Presint 5.
Menu istimewa sudah pasti Kambing Golek. Selain dari itu antara hot order item adalah
1. Lidah lembu Bakar
2. Ayam Shawarma
3. Daging Panggang Kuah Asam
Selain itu menu tempatan juga disediakan antaranya , Ikan Keli Berlada, Siput Sedut Cili Api Batang Keladi, Ayam Daun Selasih dan banyak lagi.
Apa yang paling menarik adalah pihak Restoran Rallegra menawarkan aktiviti Kereta Kuda pada harga RM 15 dewasa manakala RM 10 kanak-kanak.
Pengalaman ini sangat terhad waktunya antara 8:00 malam sehingga 9:00 malam bermula 19 mei hingga 13 Jun 2018.
Pada yang menempah awal ada harga promosi bermula RM 59 dewasa manakala kanak-kanak RM 33 dari 1 April sehingga 18 Mei 2018.
Manakala harga biasa RM 78 dewasa dan Rm 39 kanak-kanak dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018.
Untuk tempahan boleh hubungi
03 8000 8914
03 8000 8902
laman web www.tep.my
Ikuti laman sosial mereka di
INSTAGRAM : Putrajaya Equestrian Park
Facebook : Taman Ekuestrian Putrajaya
harga berpatutan. boleh g naik kereta kuda lagi tu
Dah naik ke hari tu? Naik sokmo. Hahah
Suka daging panggang kuah asam diorg,sedapppp…
Hehehehe. Sedapkan.
Harga dan menu nampak berbaloi..sedap belaka ..
Kena cuba lidah kalau nak rasai kesedapannya. Kambing macam biasa sold out dulu
Tak pernah lagi makan lidah lembu. Hehehehe… Menarik…
Ha… itu kena cuba. Tak hanyir. Tapi agak kenyal sedikit isinya. Padat.
Menunya nampak semuanya menarik. Murah pulak tu
GuruYaya turun habaq la. Boleh teman. Kihkihkjb
Aktiviti naik kuda tuu menarik laaa… Anak-anak tentu suka! Rare gitu..
ITU YANG kelebihan pada Lestari Sejuta Rasa
Memang kelainan la tempat ni..lepas berbuka, boleh naik kereta kuda lepastu terawikh terus dekat sana..lidah lembu bakar dengan buah yang disaluti merengue tu memang rare..terbaik.
Sedap juga buah salut tu. Ya ampun sejuk manis buah..
Menu lidah lembu bakar memang rare.
Ini yang penting tak berbau lidahnya.
Kalau bawa anak-anak mesti dorang suka dapat naik kereta kuda 🙂
Anak-anak paling terasa keseronokannya.
Memang style ker ada gambar makanan yang terbalik tu hehehehe ker komputer kita yang nampak gambar makanan tu terbalik bro….
Hehe.. Thanks bro teguran. Kat phone posting tak perasan gambar ke laut.