Pencari Makan

Makanan Eksotik Sekinchan

“Betul ke RM16 ?

Berkali-kali saya tanya cashier masa nak bayar . “Betul la RM16 , Kenapa dik, mahal ke?”

“Kenapa murah ? Ke sebab akak kenal saya akak bagi murah ni ?” (Acah-acah retis )

“Maaf, akak tak kenal adik” (Ok blushing jap )

Bayangkan saya makan ikan baung segar seekor besar sampai kepala & ekor jauh terlepas dari lilitan pinggan, nasi kosong, sayur ulam & air kosong cuma kena RM16. Biasa kat tempat lain saya dapat 1/4 ikan baung ni sahaja RM12- RM18.

Sebenarnya setiap kali balik kampung di Sungai Besar saya pasti akan singgah makan di sini , selalu dengan wife & anak biasa ambil banyak juga Tapi Memang rasa murah tapi tak pernah pula rasa nak bertanya detail harga satu-satu. Hari ni Saya seorang jer , baru terasa harganya sangat best bagi penggemar tegar Ikan baung macam saya.

Macam-macam lagi lauk kat sini termasuk yang exotic seperti landak, pelanduk, belut , Udang galah , ikan puyu, ikan sepat, ayam hutan .

Kepada kaki-kaki cari makan , Cuba la nanti singgah kat sini , pasti berbaloi. RESTORAN LEMBAH BERNAM ni dibuka setiap hari jam 11 pagi hingga 5 petang kecuali hari Jumaat mereka tutup satu hari. Pada yang nak datang dari jauh baik call mereka dulu 0172858603 .Boleh mereka reserve stock lauk untuk anda .