Semalam aku berkesempatan untuk menikmati sendiri makanan Grill dan Tomyam di Seoul Garden IOI Putrajaya.
Hidangan yang disediakan pelbagai pilihan makanan yang ada.
Diantara pilihan makanan untuk di grill adalah, Ayam, Daging, Sotong, dan Ikan Dori. Perapan pilihan yang disediakan antaranya, BBQ, Coffee, Tirayaki dan Kari.
Pilihan untuk dimasak bersama Sup Tomyam antaranya, Udang, Siput, Lala, Kerang dan sayur-sayuran. Pilihan makanan lain yang disediakan, Sushi, Nasi Goreng, Nasi Putih, Ikan Dori Goreng dan 2 jenis makanan bergoreng.
Pencuci mulut antaranya , Cendol, buah-buahan serta Aiskrim yang boleh ditabur kacang, coklat rice mahupun hirisan kelapa.
Mula dibuka untuk menerima tempahan seawal 11:30 pagi sehingga last order 9:45 malam. Jadi pada kau orang yang ingin menikmati hidangan secara perlahan boleh mula tempah makanan seawal jam 11:30 pagi dan nikmati sendiri makanan yang dibakar serta dimasak sendiri.
Ini pengalaman pertama aku di Seoul Garden, IOI Putrajaya. Pilihan sushi yang menarik disusun meriah membuatkan membuak-buak keinginan menikmati semua sushi yang disajikan. Pergh!

Pilihan Sushi di Seoul Garden IOI Putrajaya

Pilihan rojak buah dan Mee Wantan

Perapan AYam Kari, BBQ, Blackpaper dan Spicy banyak la

Perapan Ayam Spicy, coffee

Perapan Ayam Spicy, Satay, dan Teriyaki

Pilihan Seafood

Perapan Sotong dan Ikan Dori

Dapur untuk memasak hidangan

Tak sabar untuk bakar dan masak pilihan makanan
berapa kena bayar satu kepala nih.
hoho
dekat dah dengan umah nih.
RM 38/net kalau makan lunch hours
Best makan kat Seoul Garden makan sampai puas tapi sekarang tak banyak sangat pilihan lauk macam dulu
Biasalah. Nak up margin profit meningkat.