Merasai Pengalaman Menginap di Dorset Subang Jaya

Sekali sekala seronok juga tukar angin untuk mood holiday ni, asyik keluar dari KL dan Selangor je.

Apa kata kali ni kita bercuti dan bermalam di kawasan Bandar pula? Tengok macam mana pergi dia. Enjoy keselesaan di bandar Subang Jaya. Sebelum ni kita menetap di hotel bandar atas urusan kerja, nak bawak family sekali untuk diorang merasai kelainan dan tidak terbeban dengan kerja harian di rumah. Dengan kata lain manjakan diri. Hehe. Salah satu lokasi hotel di subang jaya adalah Dorsett Grand Subang.

Hotel ni dekat dengan Sime Medical Center so untuk sesiapa yang nak buat medical check up alang-alang terus book jer hotel ni supaya lepas setel jer Medical Check up tu boleh terus pergi rest.

Selain tu, kita boleh ke Sunway Lagoon. Memang agak dekat dalam 2KM. Kalau korang nak berjalan pun dialu-alukan, kalau malas nak ‘drive’ pun boleh naik Grab atau Uber.

Dorsett Grand Subang setahu aku dia punya ni servis memang tiptop. Pekerja yang mesra pelanggan dan mereka pastikan kau selasa bila menetap di hotel ni.

Makan pula senang nak cari sebab ada restoran kat hotel ni, dan ada juga restoran yang berdekatan dengan hotel ni. Yang penting ada duit nak makan apa pun takde masalah.

 

Hotel ni juga ada wifi untuk penggiat sukan mobile yang suka main game online atau kaki video tegar yang tak pernah boring untuk tengok youtube. Bilik dia pula cukup sifat dengan katil yang comfortable, shower, desk, safe deposit box, hairdryer untuk keringkan rambut kalau korang mandi sejam, dan juga mini bar kalau korang nak minum air.

Hotel ni juga menjaga tahap kebersihan yang tinggi untuk mengekalkan reputasi mereka.Seperti hotel lain service laundry juga disediakan. Jadi, sekiranya kau menetap lama di hotel ni, bolehlah gunakan service laundry mereka. So untuk yang bekerja kalau stay lama kat sini korang boleh basuh baju dengan servis laundry tu. Sangat mudah terutama untuk tetamu yang datang untuk tujuan perniagaan.

Perkhidmatan kereta sewa juga disediakan sekiranya korang dating dengan penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang dekat je dengan hotel.

Dorsett Grand Subang menawarkan ruang untuk mengadakan majlis perkahwinan. Boleh hubungi mereka, mana tau ada rate yang menarik mereka tawarkan jika kau tempah dewan untuk majlis perkahwinan.

Fitness Centre juga ada untuk kau yang menjaga kesihatan dan memastikan kau sentiasa ‘fit’ sepanjang masa. Selain itu Dorsett Grand Subang juga spa juga ada untuk menyegarkan kembali kesegaran badan selepas penat seharian bekerja. Kolam renang yang besar juga disediakan untuk ‘guest’ hotel Dorsett Grand Subang.

Dorsett Grand Subang sangat sesuai untuk kau yang bekerja di kawasan Subang dan memakan masa perjalanan yang panjang untuk pulang ke rumah. Apa kata kau luangkan masa semalam menginap di Dorsett Grand Subang.


Subang menyediakan makanan yang pelbagai pilihan di sekitar hotel Dorsett Grand Subang, jangan lupa untuk terjah Sunway Lagoon atau lepak di ss15. Jom dapatkan best price on hotel Dorsett Grand Subang. Mana tahu ada promosi harga yang kau boleh dapat dari Traveloka.

Loading

18 thoughts on “Merasai Pengalaman Menginap di Dorset Subang Jaya

  1. insyaallah kalau berkesempatan nanti nak pergi sana la… skrg traveloka dah ada apss , senang sikit nk check hrga and nk booking hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge