Pencari Makan

Bukan Sekadar Makan, Penulisan Kehidupan Pencari Makan di Bumi Tuhan

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

10 Kedai Makan Bandar Baru Bangi. Mesti Cuba.

03/04/2017 by pencarimakan 23 Comments

Ini antara 10 kedai makan terkini di Bandar Baru Bangi yang kau orang boleh cuba nikmati bersama keluarga. Terkini yang masih kekalkan mutu perniagaan dan masih bernafas untuk kau nikmati bersama keluarga.

Jom sama-sama nikmati 10 kedai makan Bandar Baru Bangi mesti cuba!

1.Restoran Tepian Bangi

Berada di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, berhampiran sempadan Kajang untuk ke Downtown Bangi. Ke sini pilihan sarapan pagi antaranya Roti Cani, Roti Bakar dan Telur Separuh masak. Ini memang superb kalau kau kena sekali pasti hendak lagi.

2. Nasi Lemak Sambal Power 

Menu Nasi Lemak dan orang Malaysia berpisah tiada…

Beralamat di Kampung Sungai Merab Luar.. Lu orang boleh ambil landmark dari Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan ( JKM ) belah kiri lu orang.

Sampai simpang empat traffic light ambil kiri.. Perjalanan akan melalui cerun bukit.. So, pastikan jangan terlalu laju…

Nampak kedai runcit  SIRNA SEGAR TRADING belah kanan lu orang selepas bumper besar. Korang dah leh bagi signal kanan untuk masuk..

Gerai betul-betul belah kiri lu orang lepas masuk simpang dalam 30 meter…

Menu yang disediakan antaranya.. Nasi Lemak ( TIP TOP Hit ), Ayam Goreng panas,  Nasi Goreng, Mee Goreng, dan Keaw Tiaw goreng.

 

 

3. Ikan Bakar d’Kenali 

Banyak kali gak gua lalu kedai makan nieh kalau balik dari melaka exit bangi untuk ke Putrajaya..

Banyak kali juga gua just lalu ja.. Pasa Khamis yang lepas gua menerjah selepas bini ku kepenatan & kehabisan idea nak masak apa untuk makan-makan kami sekeluarga…

Kedai nieh diberi nama D’Kenali Ikan Bakar.. Namun dari segi luaran memang nampak horror kedai nieh.. (Iyer-iyer jerk ikan bakar.. )

Biasalah orang melayu memang memandang luaran gua berpisah tiada. Namun entah macam mana gua tetiba boleh memberhentikan kereta gua kat kedai makan nieh…

So, gua terus park & masuk kedai makan tanpa memilih ikan bakar untuk dijamah. Ku terus duduk & menanti untuk di ambil order.

 

4. Nasi Lemak di Bunian

Menu gua sarapan, Nasi Lemak Telor Goyang + Kopi Panas ( minuman peberet gua sekarang )

Nasi Lemak yang berasa, di makan sekali dengan sambal bilis.. Memang serasi sedap.. ( Tekak gua.)

Telor goyang yang dicurah lada sulah digoreng dengan mentega terasa lainnya telor goyang. Dia adunkan sekali makan dengan ikan kering.. Fuh.. Pedas,Lemak nasi, telor goreng lemak mentega + ikan masin serasi di dalam mulut gua telan…

Lokasi nieh lu orang patut terjah pada yang tk pernah terjah.. Bagi yang dah pernah try pasti akan repeat.. 🙂

Camne lu orang nak sampai ini Gerai Bunian??

Nie alamatnya..

Warung Bunian/ Tapak Sulaiman
80A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Kajang
017 – 381 2246 (call for lunch booking)


 

5.Nasi Arab UNIKL

 

Kedai ini antara pilihan jika aku sekeluarga ingin menikmati Nasi Arab yang sesuai dengan selera kami dan paling penting duit poket kami. Hehehe.. Tapi dahulu mereka menyewa di kawasan cafe untuk student KLIUC, kini terpaksa berpindah ke lokasi yang baru. Iaitu di bawah De Centrum.

Namun makanannya masih mengekalkan kelazatan, cuma minuman murah iaitu berharga RM1 tiada lagi dalam list untuk kita mencuba.

 

 

6. Pisang Cheese Jakarta

Gua merasa pula PCJ Coklat… Sedap  manis pisang n cheese n coklat.. Namun ia sedikit muak mungkin… Gua bukan pemakan manis yang tegar…

Peminat coklat mungkin menikmati rasa coklat rice & coklat cair… Tapi wa makan PCJ Coklat kedua.. Terasa kemuakkannya.. Namun rasanya tidak mematahkan selera..

Mungkin lepas nieh terjahan gua akan memilih PCJ Original extra Cheese..

Jika lu orang ada port makan untuk wa terjah…

Jangan segan silu komen or email gua untuk gua terjah…

Jom nikmati gambar yang wa amek Pisang Cheese Jakarta n suasana…

Lupa lak wa..
Waktu Operasi 2pm – 10 pm

Landmark kedai sederet dengan Hospital Az Zahrah & Hospital Pakar An Nur.

Gerai nie di loong tengah antara Restoran Kelisa & Restoren Miyagi

 

 

 

7. Restoran Choleq

Bagi yang nak menerjah boleh menerjah Restoren Choleq di

Restoren Choleq
Jalan Reko Sentral 1,
Reko Sentral, Jalan Reko,
43000 Bangi, Malaysia

Menu tengah hari & pagi

8.00 pagi – 4 petang

Hanya Nasi Kak Wook & Maggi Ketam

Bagi penggemar Choleq boleh menerjah jam

4 .00 petang – 1.00 pagi

Facebook : CholeqDelights

 

 

 

8. Warung Kak Pah

Warung ni kelebihan dia kalau kau nak merasai LAKSA Kedah inilah tempat kau WAJIB tuju.

Alamat details Warung Kak Pah nieh takdak alamat…

Tapi gua dapat koordinat gps untuk lu orang terjah.. GPS or Map or waze lu cari SONY Bangi kompom jumpa cari car park jumpa Gerai kak pah nieh..

2°56’39.7″N 101°45’12.6″E

 

 

9. Awe Seafood Masakan Thai Asli

Kalau kau merasai masakan TOMYAM yang pedas dan sedap, inilah pilihan restoran kau kena terjah. Menu terbaru mereka SUP Belut juga cukup padu dan sedap dengan rempah ratus yang tidak lokek. Belut yang diambil dari Sungai Besar Selangor membuatkan lagi ia segar sebelum dimasak.

 

 

 

10. Kedai Makan Lauk Pilih Kak Lin

Sebelum ini, kedai kak lin beroperasi dari jam 2:30 petang. Kini telah diawalkan bermula jam 1:00 tengah hari. Masakan yang dimasak serta lauk pauknya tidak terlalu banyak. Namun sedap dimakan, yang membuat kelainan adalah lauk pauk dipilih dan disenduk oleh Kak Lin sendiri.

Kalau kau berpeluang ke sini, Teh Ais dia wajib cuba kerena selain makanan minuman dia juga padu. Sebelah petang menu tambahan seperti Roti Canai juga disediakan. Sekarang jam 4:30 petang je makanan pun telah habis. Melainkan tempahan awal untuk ‘book’ makanan yang disediakan.

 

 

Filed Under: Port Makan Bangi







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Comments

  1. ummi says

    03/04/2017 at 8:15 am

    ketam tu nampak menyelerakan

    Reply
    • pencarimakan says

      03/04/2017 at 8:17 am

      UMMI nampak ketam sahaja?

      Reply
  2. Aina says

    03/04/2017 at 5:06 pm

    Masa duduk serdang dulu, selalu makan sup belut kat bangi. Tak ingat dah nama kedai. Tapi serius sedap!
    Aina recently posted…Atasi Masalah Jerawat Kronik Supaya Kulit Lebih LicinMy Profile

    Reply
    • pencarimakan says

      03/04/2017 at 5:09 pm

      Awe Seafood kot..

      Reply
  3. Shahira says

    04/04/2017 at 12:52 am

    Hai.. pernah makan kat kedai This Is Nasi Kerabu kat area Teras Jernang?? Nasi Kerabu Tumis kat situ very recommended.. sedap.. dia jual masakan pagi, ada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam, kuih muih.. Tengahari pulak ada aneka sup.. pun very recommended… Ptg sampai malam masakan panas.. pun sedap.. nnti boleh laa try and masukkan dalam list ni sekali..

    Reply
    • pencarimakan says

      04/04/2017 at 12:57 am

      Hi Shahira.

      Kedai yang mana ya teras jernang.

      Tak ingat mana Teras Jernang pernah makan. Hehehe

      Reply
  4. puterisulong says

    04/04/2017 at 2:28 pm

    dok dan nak p dah kembali ke pasir gudang huhuhu

    Reply
    • pencarimakan says

      04/04/2017 at 3:55 pm

      Hahahaha.. Sekejap sangat duduk sini..

      Reply
  5. Mohd Aswad says

    04/04/2017 at 3:06 pm

    Zaman bujang dulu selalu juga lepak di bangi ni.. sekarang ni byk benda dah berubah disana..

    info ni blh bantu cari tempat makan yang best kat sana bila bercuti nanti..

    terbaik tuan..
    Mohd Aswad recently posted…Kedah-Saham KowamasMy Profile

    Reply
    • pencarimakan says

      04/04/2017 at 3:55 pm

      Betul la kan.. Setiap tempat sentiasa berubah dan naik sesuatu yang baru dan menarik.

      Reply
      • Mohd Aswad says

        12/04/2017 at 10:16 am

        betul tuan.. tasik idaman yang ada kat bangi pun saya tak pasti samada wujud lagi ke tak..

        Reply
        • pencarimakan says

          14/04/2017 at 11:10 am

          OWH.. BEGITU..

          Reply
  6. Aizah Azlem says

    07/04/2017 at 3:27 pm

    waaa sedap , yang tomyam awe tu pernah makan memang sedap …
    satu lagi nak share tempat makan yang selalu kami jengah
    restoren tasik idaman , dia area depan office Nuklear dengkil .
    ok jugak bukak waktu malam . harga berpatutan .
    Aizah Azlem recently posted…Kenali 7 Perubahan Kulit Ketika Hamil Yang Sering BerlakuMy Profile

    Reply
    • pencarimakan says

      10/04/2017 at 12:04 pm

      Terima kasih Aizah sharing lokasi makan.

      Reply
  7. lokmanamirul says

    19/04/2017 at 4:28 pm

    sedapnya makanan2 disini…

    Reply
  8. Haidar says

    28/04/2017 at 3:52 pm

    Terliur tengok sambal nasi lemak tu..

    Nanti sampai sana nak cuba try test..

    Kat Bangi ni saya pernah makan nasi beriani di satu restoran nasi beriani memang meletop!!

    Reply
    • pencarimakan says

      28/04/2017 at 4:02 pm

      Yergh.. Selamat mencuba

      Reply
      • Haidar says

        28/04/2017 at 4:17 pm

        Terbaik Admin!

        Reply
  9. Hadi says

    06/05/2017 at 11:36 am

    Sangat menarik reviewnya. Mesti cuba ikan bakar tu. 😀

    Reply
    • pencarimakan says

      07/05/2017 at 2:24 pm

      Hahaha. Terima kasih Haidar support.

      Reply
  10. Anugerah HomestaAny says

    02/02/2018 at 12:50 am

    Selain di Bangi,
    Di Melaka juga mempunyai banyak pilihan makanan mahupun minuman yg sedap2,unik mahupun tradisi..
    tidak jauh dari KL hanya 1 jam lebih perjalanan,
    Anda boleh menghabiskan perjalanan sambil bercuti sekali di Melaka..

    Dan anda juga boleh memilih penginapan Homestay Melaka kami di Melaka ini, mengikut bajet anda dari 3 bilik Hingga ke 4 dan 5 bilik.. ada yang murah mahupun yang mempunyai Homestay Melaka Kolam Renang Sendiri dan Private ..

    Reply
    • pencarimakan says

      02/02/2018 at 9:12 am

      Saya ada sertakan lokasi makan Melaka yang kena cuba. Apa pun moga maju jaya.

      Reply
  11. Adam Roslan says

    19/11/2018 at 9:25 am

    Dah cuba itu hari, memang terbaik kat sini. Suasana pun ok.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Echal's Steamboat dan Grill Semenyih Lokasi Makan Berbaloi
  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Yong Tau Fu Sedap Di Melaka. Mesti Cuba bila ke Melaka
  • Restoran SRI Pumpong Alor Setar Masakan dan Hidangan Gaya Kampung
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Lirik LAGU PEMATAH HATI - Cumi Cumi Cumi
  • Mee Rebus Tapah Destinasi Wajib Cuba untuk ke Cameroon Highland
  • Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Goreng Kambing Viral Sedap Dan Mudah

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Filem
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Ikan Bakar
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kenderaan Lelong
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Parenting
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan KL
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 361,108 hits

RECENT POST

  • Baskbear Putrajaya Mahal??!
  • Politik dan Rasuah Meruntuhkan Negara dalam Tetris The Movie
  • Luck vs Bad Luck. Betul ke?
  • Modenas Elegan 250 EX tukar Variator Pulley. Ok Ke? Selamat ke?
  • Berapa Kos 1st Service Modenas Elegan 250 EX? Mahal ke?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • Anuar on Sweet dan Bahagia Sangat Bila Orang Yang Kita Sayang Panggil Baby. Betul tak?
  • pencarimakan on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Nik on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • pencarimakan on Jujur Dalam Berurusan Walau Untung Kecil
  • pencarimakan on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2023 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative