Pada hujung minggu lepas kami PencariMakan dan RajaMakan sebenarnya mendapat jemputan dari Ahyat Ishak untuk food review di lokasi yang lain. Semua itu kita rancang, namun perancangan ALLAH memang sebaik perancangan.
RajaMakan menelefon My Story Cafe selepas kami menunggu makanan yang telah ditempah lebih awal. Namun disebabkan berlaku salah faham komunikasi sesama staff mereka kami terpaksa menunggu selama 2 jam dan makanan telah pun habis. Tapi, kalau tengok keadaan sambutan memang ramai yang amat. Syukur melihat mereka berjaya dalam jualan mereka, tetapi kesian kepada kami sebab terpaksa menunggu 2 jam. Harap lepas ini kejadian ini tidak berulang dan makanan yang disediakan lebih banyak dan lebih sedap. Hehehehe.
Berbalik kepada tempahan RajaMakan, pihak cafe menyatakan restoran mereka juga penuh tetapi mereka menyediakan ruang yang diluar untuk kami seramai 12 orang. Cukup untuk membuatkan kami lega dapat berkumpul untuk menikmati makan malam bersama.
Perjalanan ke My Story Cafe mengambil masa dalam 10 minit sahaja dari Alam Impian, Shah Alam. Ini pertama kali kami sampai ke My Story Cafe menggunakan bantuan Waze. Mudah sekarang bukan, hanya waze dan insyallah lokasi yang dicari dijumpai.
Pada kau yang berada di kawasan Shah Alam, My Story Cafe berada di Kota Kemuning dan mengambil masa 10-20 minit drive mengikut keadaan jalan. Restoran ini sederhana luasnya, tak terlalu kecil dan besar. Namun ruang makan di hadapan luar restoran juga disusun kerusi dan meja untuk mereka yang suka menikmati suasana luar yang terbuka.
Shell Out Kampung Style
Kami memang sungguh-sungguh menikmati Shell Out di My Story Cafe. Menu yang kami pilih pun berdasarkan rekomendasi dari ‘staff’ di sini. Ini pertama kali kami ke sini, dan rasa keenakan serta kesegaran bahan mentah yang disajikan segar.
Ketam Nipah
Udang Garlic Butter
Kepah Kari
Ikan Siakap 3 Rasa
Udang Garlic Butter
Mud Crab Chilie dan Lala
Tu Dia.. Curah Ketam dan Lala.. Lapaq baq ang…
Mud Crab Chili Berasap
Ketam nipah yang dimasak cili bercampur dengan Scallop masak Garlic Butter, keenakan manis dan pedas bercampur aduk di dalam mulut. Memang tiada la video makan kami kerana semua sudah tidak sabar untuk menikmati makan malam keenakan masakan oleh My Story Cafe.
Memang berbaloi, jika kau memang kaki makan seafood dan hasilnya pasti berbaki begini.
Kesedapan Shell Out My Story Cafe
Memang tak bersisa hasil yang kami makan Shell Out Kampung Style di My Story Cafe Shah Alam. Memang berbaloi jika korang memang suka makan menggunakan tangan dan comot. Kau boleh terjah.
Thanks My Story Cafe Shah Alam dan bro Ahyat Ishak kerana membawa kami ke port makan yang sedap. Semoga ada lagi kedai makan yang bro Ahyat perkenalkan kepada kami lagi di masa akan datang.
Dari Kiri PencariMakan, Ahyat Ishak dan RajaMakan
Harga Makanan Shell Out My Story Cafe
Pilihan makanan yang kau boleh pilih untuk ber’Shell’ Out
Info Lain
Alamat
My Story Cafe
No 8, Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y,
Kota Kemuning 40460<
Shah Alam Selangor
No Tel : 03- 5131 0452
018 777 1468
Website : http://www.mystorycafekk.com/
Kalau kau pertama kali nak datang menikmati Shell Out Murah dan sedap Shah Alam di My Story Cafe, Pencari Makan cadangkan kau buat tempahan untuk mengelak perlu menunggu lama.
Sekiranya kau ada lokasi makan yang sedap ingin kami terjah, tinggalkan komen insyallah kami akan cuba terjah dan merasai sendiri keenakan di kedai tersebut.