Pencari Makan

Eggette Lab IOI MALL PUTRAJAYA

Eggette Lab ni merupakan produk dari Hong Kong yang dibawa ke Malaysia.

Kalau kau pernah menikmati kaya ball atau waffle. Eggette Lab ni lain sedikit dari makanan kebiasaan kau.

Eggette Lab ni bentuk bujur seperti telor. Dibawah leper isinya dan lembut. Isi di dalam sekiranya kau beli Chicken floss terasa keenakkan ayam dicampur di dalam Eggette.

Rangup diatas beserta isi dan kelembutan bercampur di dalam mulut. Kenikmatan pasti kau akan datang lagi.

Abang menulis ni pun tetiba teringin nak terjah lagi. Hahaha.

Kalau kau nak terjah menikmati Eggette Lab di IOI Mall Putrajaya cari Tesco. Di belakang Tesco je kiosk Eggette Lab ni berada.

Kali ini abang sajikan kau dengan video rakaman abang menikmati Eggette Lab di IOI Mall Putrajaya.

Selain Putrajaya, korang boleh terjah outlet lain di Sunway Piramid, Pavillion , One Utama , dan terbaru di Pulau Pinang Gurney Plaza.

Jom layan video abang menikmati Eggette Lab di IOI Mall Putrajaya.

Info Lain

Facebook : Eggette Lab
Hubungi : Keith : 012 562 3600
Waktu Operasi : Setiap Hari 10 am – 10 pm