Pencari Makan

Bukan Sekadar Makan, Penulisan Kehidupan Pencari Makan di Bumi Tuhan

  • HOME
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Siapa Pencari Makan

11 Kedai Makan di Melaka. Cuba Dulu Mesti Best!

28/03/2017 by pencarimakan 17 Comments

Assalamualaikum…

Pasti ramai yang bercuti ke Melaka tidak pasti, lokasi makan yang sedap dan patut dicuba. Kalau tak cuba, terasa rugi apabila pulang kelak ke kampung halaman.

Pencari Makan ingin kongsikan 11 kedai makan yang korang mesti cuba ketika bercuti di Melaka.

  1. Roti Canai Kambing Limbongan

    Lokasi roti canai limbongan berada di medan selera limbongan. Berada di tepi jalan menuju ke Pantai Klebang Melaka. Kalau ke Pantai Klebang untuk membeli Kuih Keria Antarabangsa boleh la singgah sarapan roti canai limbongan dahulu.

  2. Coconut Shake Batu Berendam Melaka

    Ini antara lokasi wajib terjah kalau kau nak merasai isi kelapa yang tidak berapa hancur di kisar. Jika kau singgah pada hari Ahad. Maaf, mereka hanya menawarkan perkhidmatan bungkus dan bawa pulang. Tiada service duduk minum menikmati Yong Tau Fu dan Nasi lemak power sedap mereka.

    Gambar ini di awal ia dibuka. Belum meriah seperti sekarang

     

  3. Air Panas Arang Kayu

    Ini kalau ke Malim, Melaka tak menikmati air yang dimasak menggunakan kayu arang. Memang lain rasa kopi serta tehnya. Namun kelainan itu yang membuatkan kau mendambakan keenakan teh dan kopinya. Selain itu Nasi lemak yang disajikan tidak kurang enaknya.

    4. Perhentian Kuih Kampung

    Port wajib terjah selepas korang pusing satu Melaka… Nie memang destinasi kena singgah di Melaka..

    Hentian Kuih Kampong Ujong Pasir Melaka….

    Pelbagai pilihan menu kuih muih selera kampung yang memang payah untuk didapati pada masa kini.

    5. Mee Bodoh Melaka

    Lokasi destinasi Mee Bodoh Melaka terletak di Tengkera. Berada di sebelah jalan sahaja. Parking agak mencabar kerana disebelah kiri dan kanan jalan dipenuhi pelanggan lain yang ingin menikmati Mi Sup Tengkera.

    Mendapat nama Mee Bodoh oleh penduduk setempat, disebabkan dengan sup yang kosong diisi mi serta ayam serta sayur. Warna kuah yang putih tanpa rencah apa ia sedap dinikmati.

    Namun kadar MSG boleh dikatakan tinggi juga. Dengan kuah yang kosong, ia sedap dinikmati. Bagi penggemar yang lebih neutral ia boleh dinikmati sekali untuk merasai Mee Bodoh Melaka.

    6. Lempeng Balak Caun

    Jika kau nak menikmati Lempeng kelapa, cucur udang atau cucur bilis beserta lempeng balak. Kau kena terjah dan cuba di Warung Caun Bukit Katil Melaka.

    7. Roti Canai Kayu Arang Melaka

    Kalau kau penggemar Jalan Jalan Cari Makan, gerai ini antara yang pernah masuk JJCM. Kebetulan abang pergi gerai ni pagi, pemilik gerai kata tengah hari ni gerai akak masuk JJCM tau. Fuh!

    Nasib la aku datang sebelum JJCM, dapatlah menikmati tanpa perlu bersesak dengan orang lain.

    Tak Nampak pula arang bawahnya

    Arang ditutup zink untuk elak padam cepat

     

    8. Nasi Ayam Sup Meletop Jasin

    Nasi AYAM & Sup Meletops! Pergh… Serious Wa cakap lu… Memang Wajib cuba… Tapi wa terorder SUP Meletops & Nasi Goreng Ayam….

    Namun ia tak kurang hebat dengan sambal dia plus Sup yang penuh dengan sayur & isi ayam…

    Nampak?? 2 kali telan ayam gua kat kedai nieh…..

    Oklah.. Jom lu orang tengok beberapa gambar yang gua snap untuk tatapan lu orang…

    Terlupa lak.. Esok wa ada ‘shooting’ program Makan-makan bawah Terbitan RTM di One Utama.. Lu orang doakan gua untuk kurangkan gugup waktu rakaman ok…?

    9. Asam Pedas Hajjah Rahmah

    Lokasi yang berhampiran JPJ Melaka, Asam Pedas Hajjah Rahmah. Memang antara lokasi wajib pergi apabila bercuti ke Melaka. Antara lokasi pilihan orang ramai. Lauk pauk pilihan juga banyak untuk dinikmati semasa makan tengah hari.

    10. Muara Ikan Bakar Duyung

    Mesti ramai mencari ikan bakar bila ke melaka kan? Antara yang sering diperkatakan… Medan Ikan Bakar Umbai Melaka.

    Kali ni, cuba korang nikmati sendiri ikan bakar di Muara Sg Duyung..

    Insyallah korang pasti berebut untuk menikmati Nasi Lemak yang disertakan untuk dinikmati bersama Ikan Bakar.

    Waktu operasi  seawal 5:00 pm – 11:00 pm

    Search : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.

    Semua tak sabar menikmati makan malam Ikan Bakar Duyung

     

    11. Gerai Makan Bukit Godek

    Destinasi wajib terjah jika ke Melaka. Gerai Paknan Bukit Godek. Sarapan pagi yang cukup meriah.

    Manakan tidak meriah, pagi-pagi sarapan disajikan dengan menu

    Keaw tiaw basah

    mee goreng basah

    Nasi Goreng

    Satay kerang.

     

    Pergh.. Meleleh air liur beb…

    Satay kerang antara pilihan sarapan pagi penduduk sekitar

    Keaw Tiaw Goreng Basah antara pilihan sewaktu aku kerja kilang di Melaka dahulu

 

 

Filed Under: Port Makan Melaka Tagged With: 11 lokasi wajib makan di melaka, destinasi makan di melaka, makan sedap di melaka







About pencarimakan

Penulis gemar makan dan berkongsi pengalaman makan di laman blog. Menjadi tetamu di rancangan Menu Kita:Walla TV 1 dan 5 Rencah 5 Rasa. Terkini menjadi jemputan rancangan Jalan Jalan Cari Makan Media Prima TV3

Comments

  1. Mohd Aswad says

    28/03/2017 at 9:51 am

    Setiap kali ke melaka,..asam pedas hajjah rahmah wajib singgah.. hehehe
    bukan selalu dpt makan disana

    Reply
    • pencarimakan says

      29/03/2017 at 7:39 pm

      Kahkahkah. Memang banyak sebenarnya kedai makan Asam Pedas Melaka. Hajjah Rahmah salah satu lokasi Asam Pedas wajib cuba.

      Reply
  2. Anuar says

    29/03/2017 at 1:00 pm

    Melaka memang syurga makanan… kalau sampai Melaka tak cari asam pedas memang tak sah…
    Anuar recently posted…18 KOLEKSI SURAT PERJANJIAN POPULARMy Profile

    Reply
    • pencarimakan says

      29/03/2017 at 7:40 pm

      Melaka antara kawasan yang dikatakan wajib makan asam pedas.

      Beruntung dapat jodoh orang Melaka. Mertua masak Asam Pedas. Subhanallah sedap ya ampun.

      Reply
  3. zool says

    29/03/2017 at 9:46 pm

    Mee bodoh tu macam salah je bro. memang kat tengkera juga tapi jual mee goreng kosong dengan telur goyang.
    tapi mee sup tengkera tu pun memang popular juga tapi bukan mee bodoh..
    zool recently posted…4 Lokasi Jogging Menarik Di MelakaMy Profile

    Reply
    • pencarimakan says

      29/03/2017 at 10:20 pm

      Owh. Salah ke? Bukan Mee Sup ni?

      Reply
      • khairil says

        16/05/2017 at 2:39 pm

        Bukan bro

        Reply
  4. Abdul says

    30/03/2017 at 6:51 am

    Wah….. best.
    Abdul recently posted…SEO BASICS : ON-PAGE SEO AND OFF-PAGE SEOMy Profile

    Reply
  5. Aina says

    30/03/2017 at 4:12 pm

    Alamak.. Macam best je. Pergi melaka nanti kena try semua tempat ni! Satu pun tak pernah try lagi.

    Reply
  6. Asyraf Asri says

    24/04/2017 at 11:50 pm

    Banyak jugak ya kat melaka ni. Okay Melaka dsah masuk dalam list nak gi bercuti dan akan pergi kat salah satu daripadsa 11 kedai makan ni.

    Thanks so much Brother.

    Reply
    • pencarimakan says

      25/04/2017 at 1:32 am

      Hahahaha. Banyak bro. Nak pi satu satu. Setahun boleh habih.

      Reply
  7. khairil says

    16/05/2017 at 2:38 pm

    Yg no. 5 tu salah…mee bodoh tu mee goreng hassan…kedai lain lebih kurang 30 meter dari kedai kedai mee sup tengkera tu…

    Reply
    • pencarimakan says

      19/05/2017 at 8:30 am

      Terima kasih bro.. Akan diperbaiki.

      Reply
  8. Bali Tour says

    25/05/2017 at 7:12 am

    Sedap….
    next time i nak coba makan itu makanan.. 🙂

    Reply
  9. Muhammad Aliff says

    24/01/2018 at 1:35 pm

    Assalamualaikum… nk kepastian… No. 11 Gerai Makan Bukit Godek tu Warung Menhat Corner ke? bbtol simpang 3 lepas SJK(C) Yu Ying?

    lokasi xjelas… mohon kepastian…

    Reply
    • pencarimakan says

      24/01/2018 at 2:18 pm

      Ha betul… Warung Men hat.. Dah pindah bawah…

      Reply
  10. Ksjb says

    27/06/2018 at 1:13 pm

    Kueh teow basah kat Johor dah try.. Sedap.
    Kuey teow kat Selangor pun dah try.. Sedap.
    Kuey teow basah kat Sabah pun dah try.. Sedap.
    Kuey teow basah kat Melaka belum try lagi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Carian Makanan

Kami Bagi Info Terus Ke Email Anda

Full name

E-mail address

Pencari Makan

Shahkhairul Nizam | Pencari Makan |

Food Blogger | Malaysia Blogger |

For Inquiries | Advertising | Advertorial | Review | Event | Collaboration | Sponsorship

Kindly contact me at:-

Email : shahkhairulnizam@gmail.com

Facebook Page : Raja Makan Malaysia

Instagram : @pencari_makan

Kelab Blogger Ben Ashaari

Pilihan Pembaca Pencari Makan

  • Echal's Steamboat dan Grill Semenyih Lokasi Makan Berbaloi
  • Memilih Basikal Lipat (Folding Bike) Untuk Kurus dan Fit
  • Yong Tau Fu Sedap Di Melaka. Mesti Cuba bila ke Melaka
  • Restoran SRI Pumpong Alor Setar Masakan dan Hidangan Gaya Kampung
  • Nasi Beriyani Ganja Tersedap di Bandar Baru Bangi
  • One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Lirik LAGU PEMATAH HATI - Cumi Cumi Cumi
  • Mee Rebus Tapah Destinasi Wajib Cuba untuk ke Cameroon Highland
  • Pengalaman Pertama Kali Kayuh Basikal Dari Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill. Gemuk Kayuh Basikal
  • Nasi Goreng Kambing Viral Sedap Dan Mudah

Categories

  • Alam Sekitar
  • Basikal
  • Boat Noodle
  • Buat Duit Online
  • Buffet Ramadhan
  • Coklat Heaven
  • Fast Food
  • Filem
  • Halal Food Indonesia
  • Halal Food Thailand
  • Hartanah
  • Homemade
  • Hotel
  • Ikan Bakar
  • Jejaka Perasan
  • Kaki Jalan
  • Kedai Makan Sedap Udang Galah Rompin
  • Kehidupan
  • Keluarga
  • Kenderaan Lelong
  • Kesihatan
  • Lagu
  • Lain-lain
  • Lari
  • Minuman Segera
  • Minyak Herba Asmak
  • Online Business
  • Parenting
  • Pasar Malam
  • Pelaburan
  • Percutian
  • Port Makan Ampang
  • Port Makan Ara Damansara
  • Port Makan Bandar Sunway
  • Port Makan Bangi
  • Port Makan Bangsar
  • Port Makan Durian
  • Port Makan Ipoh Perak
  • Port Makan Johor
  • Port Makan Kajang
  • Port Makan Kedah
  • Port Makan Kelantan
  • Port Makan Kerajaan
  • Port Makan KL
  • Port Makan Langkawi
  • Port Makan Lembah Klang
  • Port Makan Mamak
  • Port Makan Melaka
  • Port Makan Negeri Sembilan
  • Port Makan Nilai
  • Port Makan Pahang
  • Port Makan Perak
  • Port Makan PJ
  • Port Makan Putrajaya
  • Port Makan Sabah
  • Port Makan Sarawak
  • Port Makan Sekinchan
  • Port Makan Sg Besi
  • Port Makan Shah Alam
  • Port Makan Terengganu
  • Rakan Makan
  • Rancangan TV
  • Resepi
  • Review
  • Saham
  • Steamboat Grill
  • Stesen Minyak
  • Stevia
  • Tomyam
  • Uncategorized
  • VLOG Video Pencari Makan
  • Wayang
  • Western Food

Total Visitor

  • 361,108 hits

RECENT POST

  • Baskbear Putrajaya Mahal??!
  • Politik dan Rasuah Meruntuhkan Negara dalam Tetris The Movie
  • Luck vs Bad Luck. Betul ke?
  • Modenas Elegan 250 EX tukar Variator Pulley. Ok Ke? Selamat ke?
  • Berapa Kos 1st Service Modenas Elegan 250 EX? Mahal ke?

Kau Nak Mula Berniaga Aiskrim? Klik Gambar ni

Kau Nak Mula Berniaga Burger? Klik Gambar Ni

RECENT COMMENT

  • Anuar on Sweet dan Bahagia Sangat Bila Orang Yang Kita Sayang Panggil Baby. Betul tak?
  • pencarimakan on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • Nik on One Ikan Bakar Bangi, Dah Mahal? Ok ke jadikan Port Untuk Berbuka Puasa dengan Keluarga?
  • pencarimakan on Jujur Dalam Berurusan Walau Untung Kecil
  • pencarimakan on Kopi 2 Darjat Antara Sedap dan Enak Korang Patut Cuba

Kau nak buat duit Tepi dengan Google? Klik Gambar

Copyright © 2023 - Pencari Makan | design by MYSynergy Creative