Roti canai tiga beradik anak gadis kini viral di laman sosial.
Mereka tidak menyangka hasil dari memuat naik gambar sekadar suka-suka menjadi bualan mereka di medium social sehingga viral.
Sehingga ke hari ini, mereka tiga beradik tak cukup tangan untuk melayan kunjungan orang ramai ke gerai mereka untuk melihat sendiri serta merasai roti canai buatan mereka tiga beradik.
Selepas Viral kisah Nasi Lemak Anak Dara di shah alam, kini tiga beradik gadis penebar roti canai di kelantan pula.
Semoga semakin ramai mendapat rezeki hasil dari penjualan makanan.
Abang terasa nak terjah bila berkelapangan ke Pasir Mas, Kelantan untuk merasai sendiri Roti Canai tiga beradik ini.