Assalammualaikum….
Pada Sabtu lepas, aku memenuhi jemputan Restoran Boat Noodle untuk food review dan menu paling laris serta memaklumkan aplikasi untuk pengguna Andriod dan Apple.
Apa yang menariknya dari makluman Muhammad Izzul, Manager Promosi Boat Noodle Malaysia. Aplikasi terbaru Boat Noodle akan menyediakan kupon baru, setiap minggu. Jadi, pada penggemar gila Boat Noodle seperti SayaIdaydotCom kena cepat-cepat download apps ni.
Mereka menjanjikan Kupon Diskaun serta PERCUMA Noodle setiap kali korang membeli. Just tunjuk apps kupon kepada casher, done just like that.
Apa pun, seperti yang aku pernah post berkaitan Boat Noodle di post sebelum ni Boat Noodle Murah…. Tapi….
Sewaktu kunjungan pertama aku, di Boat Noodle Cheras menu lebih pada Mee dalam mangkuk manakala Side Dish hanya Meatball.
Namun sejak setahun, perubahan sentiasa berlaku. Kini side dish bukan setakat meat ball. Malah ada beberapa pilihan di antaranya,
Fruit Somtam, Yum Meatball, Yum Mama, dan Yum Seafood
Main Dish Boat Noodle kini bukan setakat Rice Noodle dan Egg Noodle. Korang boleh pilih juga
Menu Nasi – Bangkok Omelette, Kra Pow Chicken Rice, Hulk Smash Green Curry ( pilihan pelanggan )
Chicken Wings ( pilihan pelanggan ) , Thai Popeye Tempura, dan Flame Grilled Ayam Legend ( ni LIMITED, 20 set untuk satu branch pilihan pelanggan )
Dessert pula Ka Num Tuay dan Sangkaya ( ni korang wajib try. Roti lembut plus kaya yang diadun sendiri memang kelas…)
Dah makan mesti nak minum bukan….?
Air yang diberi nafas baru dengan nama Chill Chill, memang wajib cuba korang try Cha Keow Yen dan Cha Yen… ( nie aku tala 2 gelas skali )
Kalau korang nak feel hipster, korang boleh lepas kat Restoran Boat Noodle Empire Damansara. Sebab environment dia , dengan building RestoranBoat Noodle mereka tempatkan.. Memang best gila..
Kalau korang lepak atau lalu area Damansara cuba korang terjah Boat Noodle Empire Damansara ni. Tengok dan feel sendiri suasana kedai serta banggunan sekitar.
Jom tengok beberapa gambar yang sempat aku tangkap untuk tatapan korang. Paling latest aku tengah gila buat VLOG ( youtuber la tue… ) Jangan subsribe tau, support new comer dalam industri penulisan blog makanan dan Video Blog Makanan.
Sebelum terlupa ( dah lupa sebenaqnya ) aku berjumpa kenalan blogger yang lama menulis di
SayaIdaydotCom dan Suami. Ayue Idris Youtuber gaks… dan Naomie
Jumpa retis-retis blogger otai macam diorang terasa Pencari Makan perlu mendalami lagi di dalam penulisan blog. Thanks atas Ilmu perkongsian korang.
Pelukis Doodle terkenal Malaysia juga dapat aku temui di Boat Noodle Empire Damansara, Ann Jaafar…
Kalau korang perasan di Restoran Boat Noodle ada screen tv yang menunjukkan gambar beberapa customer update di Instagram. So kalau korang nak gambar korang berada di screen Restoran Boat Noodle jangan lupa snap, muat naik ke intagram dan gunakan Hastag #myboatnoodle untuk naik secara cloud update automatik setiap masa.
Dah jom tengok beberapa gambar yang sempat Pencari Makan snap untuk tatapan korang. Paling penting.. Dengan apps terbaru ni.. Diorang bagi benda PERCUMA…
Kena cepat-cepat download aplikasi terkini samada andriod mahupun Apps Store.






Terima kasih kepada Boat Noodle atas jemputan Blogger Belanja Makan di Restoran Boat Noodle Empire , Damansara.
Berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan blogger-blogger yang berpengalaman dan lama dalam bidang penulisan.
Sekiranya korang berminat untuk menikmati Boat Noodle di kawasan berhampiran korang boleh tengok list kat SINI
Ohh ingatkan menu ada mee saja, slalu tgk org post gambaq makan mee bermangkuk mangkuk hehe
Mama Kembar 3 recently posted…Kulit Wajah Makin Cantik Dengan Deeja Cosmetic
Tu la tu.
1st time pergi. Pekena mee ngan meatball je.
Sekarang dah pelbagai.
Sedapnya…
Tengok pon dan menyelerakan…
Umiadam recently posted…Promosi Shaklee Bulan November 2016
Tu la kan umiadam…
Dapat… Memang tak tunggu dah
Wah…. Macam best jer ni… Bilalah agaknya dapat peluang pergi ke sana…
Anuar recently posted…Belajar ilmu pemasaran internet, Jangan setakat separuh jalan!
Anuar kena try terjah ni…
Ayam dia tu limited 20set satu branch..