Assalammualaikum.
Pada Sabtu lepas wa sekeluarga & keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari di jemput untuk menikmati jamuan enak di Ummiza Cafe Jenjarom Bangi.
Lebih dari 17 hidangan disajikan untuk kami seperti biasa hidangan ini juga disajikan pada pelanggan Ummiza Cafe pada hari biasa perniagaan.
Menu masakan melayu yang dihidangkan, seolah masakan air tangan ibu kepada anak-anaknya.
Masakan yang pada wa, selain rasa ‘asli’ melayu ia dimasak dengan kasih sayang untuk pelanggan yang menikmati hidangan.
Menu pilihan wa pada jamuan itu,
Nasi putih
Ayam Masak Kicap pedas
Kuah kari daging
Sambal Bilis bukan IBLIS
Sambal petai
Ulam petai
Perghhh.. Permulaan, pendapat wa mesti biasa-biasa jer seperti restoran yang biasa wa nikmati pada lunch hour wa.
Namun, suapan pertama wa memadamkan pandangan ‘sinis’ wa pada rasa yang dinikmati oleh lidah & tekak wa.
Kemelesetan itu membuatkan wa menikmati hidangan tanpa menoleh lagi….
Perghhh… Makan tengah hari wa yang tak sia-sia wa menerjah Jenderam, untuk ke Ummiza Cafe.
Wa dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari begitu berpuasa hati dengan jamuan yang dihidangkan.
Selain jamuan makan berserta khemah, karaoke juga disediakan bagi members yang nak sumbangkan lagu-lagu sedia ada..
Selain dari wa yang memuji masakan Ummiza Cafe wife wa pun berpuas hati & begitu puas hati Ikan keli masak cili api.
Wa, rasa… Perghhh.. Memang rasa tidak kurang masaknya… Jadi pada lu orang yang nak menerjah Ummiza Cafe.
Waktu operasi
7 am – 3 pm
Isnin – Sabtu
Ahad & Public Holiday – Close
No 229 batu 29
Kampung jenderam
Dengkil Selangor
Jadi pada lu orang yang nak menempah & dinikmati untuk jamuan di pejabat lu orang atau kenduri kecil dalam 300 orang kebawah.
Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor – 0196682069
Ain – 01110602569
Jom nikmati beberapa hasil yang wa snap untuk tatapan lu orang…
Gua, Owner Ummiza Cafe , Ben Ashaari, Kak Sadila & Ujang |
Keluarga Besar Kelab Blogger Ben Ashaari |
Keli Masak Pedas |
Lauk Pilihan wa |
Anak Dara wa bertambah makan punya sedap makan. |
so far SA puas hati dengan lauk pauk kampung diorang..x de banyak komplen….best!!!
pehh..
leh try jugak la nanti.